It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's you fault
There's so much you have to know.
I was once like you are now, and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Why, think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not
All the times that i cried, keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it.
27 January 2014
24 July 2013
Pentas arena
Ok..Post kali ni nk bg up sket semangat empunya diri ni..
within 2 weeks before cuti raya..bnyk keje nk kena setel ni..
inilah kesan procrastinate..so korg, lpas ni try to practice
"no more procrastinate"!!!!
bkk FB pepagi hari, jmpe ayat kt atas tu..
bedebuk kena kt diri sendiri.. -_-
So, let's get started guys!! =)
tgh sibok mendesign plant..~kononnya~
teringat lak zaman jd model dolu2..1st time ever..
#throwback#internship#PPEfashionshow
i tell u..it was awesome!!
walaupun cuak nk panjat tngga stage tu..muncul depan bos2 besar..
tp jauh di sudut hati..me luv it..hehe
time tgh bergaya sorg2 diri dgn coverall digi..boot yg berat..earmuff..& safety helmet..
(xleh nk catwalk bagai sbb aku sendiri pn rasa nk tumbang..huhu)
terperasan akan peminat setia ku..K.zu a.k.a internship SV..
sakan duk bersorak dgn lambai2...
~as like my loyal supporter gitu~
mcm kt CH lak dewan ni..
grand giler!!..n lucky me..aku pernah jejak kaki kt stage CH tu..
muncul depan beratus2 org..
(glamer gitu..kelass kau jahh..)
tp..aku xbt performance pn..cuma sekadar usher hadiah je pn..hehe
but then..i enjoyed doing that..
(mungkinkah aku berpotensi dlm stage acting ni?? =D )
Oh no!! teringat lg..zaman foundy/m.a.s dlu pnah acting kt MH..sketsa..
segan malu kononye....tp suke..cane tu??..
when you stand alone on the stage and everyone is staring at you..
waiting for your acting..
some of them will enjoy it..and some of them will criticize you..
whatever it is, just embrace them and enjoy every second of it..
because you are the one who will sketch and colour up your life..
be as natural as you can be..smile, ikhlas and be patience..
then, they will adore and respect you.. =)
17 July 2013
Adakah aku yang berubah?
atau dia yang melupakan perasaan ini?
makin hebat dugaan rasa itu..
kadang aku tak tertanggung..
mahu hentikan semua ini..
dan meneruskan jalan yang aku pilih untuk tinggalkan..
Mak..Ayah..
Anakmu kini dilema..
Untuk meneruskan impian sekarang..
Ataupun impian yang makin terkubur dek impian kini..
Semakin jauh langkahku..
Semakin aku tak berdaya terkadang..
Air mata tak tertahan..
Mengenangkan semua ini....
Jangan dicabar diri ini..
Kerna ego ku bole jadi setinggi langit..
27 June 2013
Random
06 June 2013
Runaway~
I want to run away from this place
The place where my heart hurts so much, my feelings are so raw and
where I just feel so vulnerable I can barely function
I need to be somewhere new
but I feel like I’m not supposed to leave
Moving is tough ANY time
So today I am going to run away
Run away from realities of it all
I don't know where I will go or how I will get there
but these eyes, this mind and this heart just need a break.
12 April 2013
dalam roda hidup ini
alam kian berputar tanpa mengira isinya
dan detik tak pernah berhenti mendetak
kadang aku hampir hanyut, hampir lemas
ditelan arus pergerakan
namun, ada tangan yang menarik aku keluar dari arus itu
memimpin aku supaya terus maju
dan tangan itu sentiasa menggenggam tangan aku
kadang aku alpa dan cuba melepaskan diri
tapi tangan itu dengan lembut menyulam rasa di hati aku
aku sedar, dunia ini hanyalah pentas arena
dan aku harus menjadi pelakon yang terbaik
pelakon yg bila masa di sana kelak
akan menerima ganjaran
dan aku takkan melupakan tangan itu
sentiasalah di sisiku
teruslah menggenggam tangan ini
menjalani kehidupan yg abadi kelak
12 March 2013
Sharing is Caring
::Cara-cara Melayan Suami::
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.
Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk sekali sekala boleh, tapi jangan selalu. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.
Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

08 March 2013
Sebelum Aku Bernikah~
Meniti hari, detik demi detik, menunggu tibanya hari penyatuan kami..Terkadang, persoalan berlegar di fikiranku. Aku mimpi ke? Dah sedia nak kawen? Jadi bini orang? Kena jaga pandangan, tingkah laku, dan yang paling penting, untuk jaga pasangan aku hingga ke hujung nyawa.
Ini semua benar! Realiti! Dalam masa beberapa bulan lagi, aku dan dia bakal disatukan. Insya Allah dengan restu-Nya. Kadang-kadang aku belom bersedia untuk menghabiskan masa mudaku dengan seorang insan yang bergelar suami, namun bagi aku, sesaat diijabkabulkan, maka aku harus bersedia untuk menjadi isteri dia. Aku ingin menjadi seorang isteri yang bukan sekadar penghibur suamiku, tetapi juga seorang isteri yang akan sentiasa menemani dan menjaga suamiku hingga ke syurga. Oleh itu, untuk menjadi seorang isteri yang terbaik bagi suamiku, aku perlu persiapkan diri aku, bukan sekadar nikah untuk selalu berdua dengan suami.
Bernikah bukan sahaja dengan suami, tapi bernikah dengan keluarga suami juga. Aku kena layan dan hormat mak ayah dia seperti aku layan dan hormat mak ayah aku. Aku kena jaga hati mentua aku dan adik-adik ipar aku. Ya, aku tahu bukan senang nak jaga hati semua orang, namun aku akan cuba. Redha Allah terhadap seorang isteri adalah terletak pada redha suami pada isterinya..
Sebelum aku bernikah ini, aku ingin mencari redha Allah dengan mentaati dan membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku ingin hadiahkan yang terbaik untuk mereka supaya mereka merasa senang mempunyai anak seperti aku. Begitu besar jasa mereka pada ku. Tanpa mereka, siapalah aku.
Aku akan perbaiki diriku sebelom aku menjadi seorang isteri kepada suamiku dan seorang ibu kepada anak-anakku kelak. Izinkan aku untuk membahagiakan kedua ibu bapaku sebelum aku membahagiakan suamiku.
16 February 2013
Terima Kasih Untuk Setiap Detik Ini..
04 February 2013
You & Me
hariku..
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku..
hanya dipenuhi dengan senyumanmu
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku..
hanya dipenuhi dengan senyumanmu
alangkah indah..
jika dirimu sentiasa..
disisiku sayangku..
berikanku hanya satu..
hanya satu..
lagu..
jika dirimu sentiasa..
disisiku sayangku..
berikanku hanya satu..
hanya satu..
lagu..
hariku..
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku..
fikiranku..
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku..
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku..
fikiranku..
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku..
28 January 2013
Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih
Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku pada hari ini, esok dan seterusnya..
Kau titipkanlah ketabahan dalam diriku dan sahabat perjuanganku dalam mengharungi semester2 akhir pengajian kami..
Kau sematkanlah keberanian menghadapi segala jenis dugaan dan halangan menanti..
Kau semaikanlah semangat yang tak putus2 berjuang..
Kau satukanlah hati2 kami..
Tetapkanlah hati2 kami..
Janganlah Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walau dengan hanya sekelip mata..
Ya Allah, mudah2an aku redha atas apa jua yg berlaku..
Kerana Kau adalah sebaik2 perancang dan pencipta..
Amiin Ya Rabbi Al-amin..

03 November 2012
15 May 2012
15052012 berlegar2 di
fikiran. Kepulanganku ke kampong halaman begitu dinantikan setelah dua bulan
berhempas pulas di UTP. Pukul 11 pagi aku dan keluarga bertolak pulang dari Tronoh setelah
menyelesaikan beberapa urusan. Aku
terharu pabila ayah dan mak aku beria nak datang sebab risaukan aku drive
sorang2 dari UTP ke Besut. Aku perlu bersabar untuk beberapa jam lagi. Aku
benar2 rindukan Besut, toki & pantai. Kami berhenti makan di KFC Gerik pada
pukul 1330. Seterusnya di Puncak Titiwangsa utk menunaikan solat fardhu pd pkul
1515. Toki call selepas kami selesai solat. As usual, he will call us
menanyakan keberadaan kitorang. Oh rindunya kat toki. Honestly, ada satu
perasaan aneh yang begitu halus melintasi hatiku. Aku tak mengerti apakah ia.
Seterusnya, we had our dinner at Machang 1730. We arrived home at 1915. Alhamdu
lillah selamat sampai. =)
16 May 2012
Paginya aku mengemas rumah. Petangnya aku ingin ke pantai,
namun ku batalkan kerana cuaca mendung & aku tlg mak kat dapur.
Toki datang makan dan malamnya sepupuku, Kak Ti datang melawat memandangkan dah
lama kami xberjumpa. Kemudian aku dan mak menuju ke Jertih untuk mencari hadiah
for her boss.
17 may 2012
Pagi-pagi lagi aku hantar adik-adikku ke sekolah. Itulah
rutin ku pabila cuti. Ayah ke KL lagi. Kemudian aku balik sambung tido for a
while before I went to Jertih. Withdraw some money and did some shopping at
Supermas. Then, fetch up my sissy n bros from school. Petangnya, aku mencuri
sedikit masa untuk ke pantai walaupun mak bagi amaran hari nak hujan. Tiba
di sana, segala rasa di hatiku bagaikan terluah, nyamannya terasa. Subhanallah
indahnya ciptaan Mu. Hampir 15 minit aku menghayati keadaan sekelilingku, aku
bergerak pulang walaupun berat sekali langkah ini. Pukul 1910, toki call minta
aku belikan dia nasi air. Then, mak ajak toki datang makan kat rumah. So, aku
pun pergi amik toki di rumahnya. Aku sampai je, toki tengah duk bersantai di
tangga rumahnya. Sekali lagi perasaan itu
menerpa. Begitu tenang sekali raut wajahnya, bagaikan mengerti masanya kian
hampir dan dia menikmati setiap saat yang dia ada. Ketika itu, aku masih lagi
tak mengerti. Dalam kete, toki cakap ima guna kete dia gi KB lepas asar
tadi. (hurm. Agaknya kalau aku xbalik Besut lagi, kat siapa toki nak minta
belikan makanan ea) Aku turut sekali makan dengan toki. Toki habis dulu dari
aku then toki minta kunci kete dari aku.
“Mari ki guna dulu la kete. Esok tunggu ki kul 7.30 pagi,
nak gi makan nasi ayam bakar.”
Yuhuu! Aku ada date dengan toki pagi esok. Hee. Malamnya aku
pun try tido awal, risau tak terbangun pagi esok. Maklumla, dah terbiasa stay
up malam tido pagi. Huhu
18 May 2012
Nasib baik aku bangun awal jugak. Bersiap-siap dan kejutkan
Sha. Tepat jam 7.30 pagi toki sampai kat gate rumah. That’s him, very punctual.
=) Indahnya pagi tu, Subhanallah. Sebelum ini, aku selalu terlepas pemandangan
pagi hari. Syahdu je suasananya. Toki bawak kitorg gi makan kat Pengkalan
Nyireh. Ramai jugak orang kat kedai tu. Disebabkan toki, ni first time kot aku
breakfast seawal 7.45 pagi dengan nasi sepinggan yang agak penuh. Fuh,
kenyang, tak larat den nak habiskan. Aku tengok toki begitu berselera sekali.
Jarang aku tengok toki berselera camtu. Sedangkan selalu dinner kat rumah, toki
nak sikit je nasi. Another hint that I
missed. Selesai makan, toki minta aku hantar dia pi tempat keje dia.
Kemudian aku dan sha melencong ke pantai, amik angin segar. Kami duduk tak lama
pun, pastu balik rumah. Sampai rumah, aku sambung tido. Hee. Dalam pukul 10
lebih camtu, toki datang rumah, aku cepat2 la bangun dari tido. Tetibe segan.
Huhu. Toki minum jap, pastu gi keje semula. Penatnya
toki. Hari ni lauk ketam as lunch tp toki tak lunch kat rumah. Dia ada
sembahyang hajat/ tahlil kat mane entah.
Petang tu toki datang rumah dengan kete institut memandu.
Kemudian, dia minta aku p amik dia kat tempat keje. Dia naik je kete, dia letak
nasi kunyit, yasin dalam dashboard. Dia susun satu2. Aku
perhatikan je. Perasaan itu datang lagi.
Tapi aku cepat2 usir sebab aku xnak pk bukan2. Aku hantar dia balik. Dekat2
nak maghrib, dia call suh p amik dia kat rumah, ima xbalik2 lagi. Sampai je kat
rumah dia, aku tengok toki berjalan dari tepi rumah dia. Aku pelik la toki dari
mana tp xnak pk lebih2 la. Rupanya masa
dia dah dekat sangat. Toki naik je kete, dia cakap pasal ima sume. Erm,
mungkin dia risau. Mungkin jugak dia nak
jumpa cucu2 dia before dia pergi jauh. Kitorg sembang2, toki Tanya cane
exam hari tu, aku jawabla ade yang bole jawab, ade yang susah. Dalam hati, I’m touched =( he used to be
like that. Always care. Toki Tanya aku start praktikal bila? Bila habis
belajar? Sabarlah ki, meen nak sangat buat ki bangga dengan cucu ki sorang ni.
Meen nak belanja ki makan sedap2 bila meen dapat first elaun praktikal nanti. Namun, siapa sangka aku tak sempat nak
berbuat demikian. Another hint he gave me that he don’t have more time for
that. Lepas aku hidang nasi kat toki, aku p solat jap. Lepas ni nak hantar
toki balik lak. Selesai je aku solat, terjengul toki kat pintu bilik. Dia minta
kunci kete. Mungkin dia serba salah kat
aku. Tapi aku tak kesah pun. I enjoyed doing that.
19 May 2012
Aku bangun awal jugak pagi ni. Aku kemas rumah, tolong mak
masak. Tetiba rajin lak. Hee. Toki datang umah dalam kul 9-10 pagi camtu la
dengan DAQ. Then minta aku hantar dia p keje. Dalam perjalanan, dia tanya Mimi
jemput tak dia kawen 31 ni? Seriously aku
baru terfikir nak tanya ki pasal tu pagi tu jugak, before ki datang rumah. Tup2
toki dah tanya. Bluetooth kuat sangat kot. =) I miss him…
Toki datang rumah pukul 12 camtu kot. Dari riak mukanya, aku
tau ada sesuatu yang tak kena. Kemudian aku terdengar toki mengadu kat mak yang
perutnya sakit sangat. Then toki nak makan nasi tapi nasi tak masak lagi. Mak
pelawa makan ketupat sotong, his favourite, tapi toki tak nak. Mak hairan, toki tak pernah menolak ketupat
sotong. His favourite, lebih2 lagi mak yang masak. Aku risau. Perasaan tu
datang lagi and a bit clear than before. Tapi aku nafikan sebab it’s not the
time. =(
Mak ajak ki gi hospital. Then toki suh aku p amik dia kat
ofis, dia nak pulangkan kete. 2-3 kali jugak dia pesan kat aku suh p amik
sekarang. Aku pun kelam kabut dah.
Sesekali dalam kete, toki mengaduh kecil, menahan kesakitan.
Itulah toki, cuba menyembunyikan rasa
sakit, sedih dan cover dengan riak selamba dan jenaka dia. I wish I could be
like him. Sampai rumah, toki suh hidangkan nasi. Toki makan 2-3 suap je.
Dia cakap dah tak tahan sangat dah. Dia suh mak cepat sikit. Aku perasan jugak
tadi, toki call sume anak2 dia. Aku tak nak fikir lebih2 sebab aku risau. Aku
tak nak kehilangan ki. I’m not ready yet & it’s just not the time. I need
him to face this challenging life. Who am
I to say that? Hidup mati seseorang semuanya telah ditetapkan. Tak dapat
diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat. Aku dan mak bersiap sesegera
yang mungkin. Pegi dengan DAQ, mak yang drive. Aku xkuat nak drive, sebab jauh
di sudut hatiku, aku risaukan toki. I know, mak lagi la risau becoz he’s her
dad.
Before p hospital, singgah umah ki jap. Dia nak amik barang.
Aku teman ki masuk dalam rumah. Aku ikut je ki. Dia amik beg dia yang dah ade
baju kat dalam. Dia dah standby in case
of any emergency. Dia amik ubat. Then pesan sesuatu kat aku, berkaitan
harta dia. Macam amanahkan. Tak ku sangka
lepas toki pergi, apa yang dia pesan n org lain xtau menjadi kecoh sikit. I
thought a day after he gone baru la pk sume tu. =( kemudian kitorang klua,
dah dekat tangga depan rumah, pastu toki patah balik. Aku ikut lagi. Risau
jugak. Ingatkan toki nak amik barang lagi, tp tak. Aku pelik, risau, sedih,
cuak. Dia mundar mandir dalam rumah. Dia perhatikan sekeliling dalam rumah.
Pastu turun. Kalw xsilap, 3 kali dia klua masuk rumah. Perasaan itu makin kuat. Oh my, I need some strength to face all this. Mak cik aku cakap, biasenye b4 org tu nak pegi jauh, dia akan tengok sekeliling kwsn umah dia.
Toki rebahkan seat depan, bersandar kejap pastu angkat
kepala. Toki kelihatan gelisah & tak senang duduk. Kesakitannya tak
tertanggung lagi. Aku hanya memerhatikan tingkah toki dan hulurkan bantal kat
Sha & dia sorongkan kat bawah kepala ki. Sungguh aku tak tau apa yang harus
aku lakukan. =(
Sampai je depan emergency room, aku bergegas turun &
daftar ki. Di ruangan menunggu, toki duduk di depanku & mak. Sesekali toki
mengerling ke belakang. Kemudian toki bangun nak p toilet. Sha temankan. Duduk
kejap then toki pegi kat kaunter n cakap dah tak tahan sangat dah. Akhirnya dia
benarkan masuk. Aku kecewa dengan servis yang diberikan. Mau je saman mereka semua!!!!! Toki & mak masuk dulu. Sesekali
mak klua. Ya Allah, mudah-mudahan toki ok je. Kemudian mak suh aku p bayar bil
telefon dia, susah nak contact sape2. Balik je dari bayar bil, ayah su &
ayah teh dah sampai. Once again, mak minta aku p kedai beli gula2 & air
untuk ki sbb blood pressure ki low. Aku beli Cadbury n air milo. Toki minum
separuh je. Then mak cakap toki kena hantar p USM, dorang bincang2, n aku yang
akan teman ki naik ambulans. Aku isi form sume. 2-3 minit lepas tu, mak &
ayah su balik. Tinggal la aku dengan ayah teh je. Selang 5-6 minit lepas dorang
balik, satu pengumuman kedengaran “ Diminta waris Ismail B Muda masuk”. Aku dan
ayah teh bergegas masuk. Aku terkedu melihat petugas kelam kabut menarik tirai
dan memasang alat pernafasan. Aku sempat melihat wajah ki sebelum tirai
memisahkan kami. Aku keseorangan. Ayah teh di sebelah ki,berpaling ke arah ku
dan meminta aku call mak & ayah su suh patah balik. Kelihatan air mata
bergenang di bibir mata ayah teh. Be strong Shameen!! Toki will be ok. He’ll be
okay!
Aku klua n call mak. Aku kelu.
“Mak, datang hospital semula. Toki kritikal. Mak call ayah
su.” Line putus.
Aku tak mampu. Aku tak nak air mata ni jatuh. Please be
strong Shameen. Aku cuba sembunyikan kesedihanku. Mak terus masuk dalam, aku
dgn sha kat luar. Kemudian mak klua minta aku call Cik We, Long, Kak Long, n
sume yang aku nak. Sha yang call n sha dah nangis2. No! you can’t cry Meen, toki ada lagi kat dalam. He’ll be okay. Aku
call Cik Alang. Aku cuba kawal suara semampu yang boleh.
“Cik Alang, ki kritikal skrg.” Kedengaran Cik Alang dah
lemah di sana. Aku? Aku sebak. Namun aku cuba lagi. Tak lama lepas tu, mak su
sampai. Aku jaga anak2 dia yang masih kecil di luar. Sha dah menangis2. After
awhile, mak klua n minta surah yasin. Aku pergi ambil dalam kete. Sebak sekali
lagi. Rasa nak menjerit bagi semua orang tau yang surah yasiin tu toki yang
letak dalam kete DAQ dan sekarang dirasmikan untuk ki sendiri. Buku yasiin tu dari majlis tahlil kawan baik
ki. Another hint yg menunjukkan ki akan ikut kwn baik dia pergi. Aku
bagaikan anak kecil yang terkapai2 meminta pertolongan. I need a shoulder, I
need a hug untuk lepaskan kesedihan yang terbuku ini. Namun, luarannya aku
berpura-pura kuat. Tak setitis pun air mata yang mengalir. Oh hipokritnya kau
Shameen Aida. Toki kau sedang kesakitan di dalam dan kau???? Kau seolah-olah
tiada perasaan. Tersenyum melawan karenah budak-budak.
Saat-saat yang cuba dihindarkan tiba jua. Aku diberi peluang
untuk masuk ke dalam. Sesaat aku melihat toki yang tak terdaya dengan alat
pernafasan, sesaat itu jugak air mata ini bergenang. Dalam hati ini merintih, “
Ki, jgn buat meen camni. Bukalah mata ki. Bangunla ki. Sihat la semula ki. Meen
datang ni ki. Bangun la ki.” Aku tak mampu meluahkannya. Aku tak dapat tahan lagi
air mata ini. Aku klua. Makin ramai yang datang melawat ki. Dalam pukul 6.30pm
aku p surau, solat asar. Di sujud terakhir, sekali lagi sebak melanda diri.
Dalam doaku,
“ Ya Allah, Kau Maha Mengetahui segalanya. Jika inilah yang
terbaik untuk ki, maka Kau ambillah nyawanya. Aku xsanggup lihat toki terseksa
kesakitan. Jika toki masih lagi ada peluang untuk sembuh, maka Kau sembuhkanlah
dia. Aku mohon yang terbaik dari Mu Ya Allah.”
Kejamkah aku berdoa
camtu? Aku tak sanggup lihat toki camtu. Berselirat dengan wayar, mengharapkan
bantuan alat pernafasan. Menderita hatiku melihatnya. Pedih.
Tak lama lepas tu, aku dengar berita toki dah tak dapat
diselamatkan. Salur darah utama ke buah pinggang pecah, dah xde peluang nak
sembuh. Doc decided to pull away alat pernafasan. Oh my, betol ke toki dah xde?
Is it real? Someone please explain to me! Mau je aku lari dan halang nurse dari
cabut alat pernafasan dari mulut ki. Tapi langkahku kaku pabila melihat
satu-satu wayar dipisahkan dari tubuh ki. Luluhnya hati. I really need someone
who didn’t ask much but remain silence n be by my side n comfort me. Aku xleh nak
peluk mak sebab mak dah cukup sedih dan nak uruskan banyak hal. Aku xleh nak
peluk adik2 sebab aku kena kuat sbg kakak. Aku cuba tenangkan diri aku sendiri.
Kitorg dibenarkan melihat ki. Air mata ni jatuh jua mellihat ki terbujur kaku
dengan dilitup kain putih. Aku tak dapat menahan sebak. Sekelip mata semua ni
terjadi. Kemudian wan sampai, aku salam dia dan dia peluk aku. Time tu memang
aku tak dapat nak tahan. Aku menangis sampai tersedu-sedu. Kemudian, aku
meneruskan bacaan tahlilku utk ki.
YOU’RE MY MAN… YOU’RE MY HERO… YOU’RE MY GREATEST SUPPORT…
YOU’RE MY SPIRIT…
WITHOUT YOU, I CAN’T BE
WHAT I AM NOW… I CAN’T ACHIEVE WHAT I HAD NOW… I LOVE YOU SO MUCH KI…
Al-Fatihah~
17 October 2012
Sewaktu aku kecik2 dulu, aku susah nak dapat apa yg aku inginkan. Aku selalu mengalah untuk adik2. Aku xbole tgk muka mak ayah aku susah dan sedih, sebab tu aku mengalah dan diam. Hanya memerhati dan memendam tanpa bantahan. Memberontak dgn cara aku. Namun, aku tetapkan dalam hati, apa pun yang aku nak, aku kena usaha sendiri. Aku akan kumpul duit belanja harian aku, kadang2 aku xmakan waktu rehat ataupun makan roti 50 sen tu je. Aku enjoy cara aku, keluar waktu sekolah tp aku xlupa bagitaw kat mak ayah aku. Aku cuba terima keadaan family aku seadanya. Tekad aku, aku nak belajar betol2 dan buat mak ayah aku happy. Alhamdu lillah, dalam peperiksaan PMR dan SPM aku berjaya bt dorang tersenyum bangga. Kini, apa yang aku pinta, senang sekali mak dan ayah tunaikan. Mungkin aku berjaya mendapatkan kepercayaan mereka bahawa aku tak akan menyusahkan dorang. Aku berfikir sejenak.....
Mampukah aku untuk terus mengukirkan senyuman di wajah kedua mak dan ayah aku??
Tahun depan aku bakal menamatkan pengajian degree ku di UTP. Mampukah aku memperoleh keputusan yg cemerlang? Aku akan usahakan yg terbaik utk mu mak dan ayah. Aku ingin sekali membalas kedua jasa mu.
Terima Kasih Mak dan Ayah!!
I Love You Very Much!!
Sekian!
22 September 2012
Instinct
Sejak kebelakangan ini,
Apa yg aku inginkan,
Apa yg aku rasa,
Apa yg aku fikir,
Semuanya seakan orang di sekelilingku mengerti..
1. Aku teringin nk minum air sirap n plan nk beli.. A few seconds later, akak aku mtk tlg abg ipar belikan sirap..oh my..terkejut aku..baru je terpk...papepun, Alhamdu lillah..hee =)
2. Aku plan nk g daki bukit bauk yg dekat dungun..mmg nk ajak la afdhal faizzen nazrin sume ni..pastu tup2 dpt msj dr faizzen..dia ajk p bkt bauk dgn housmate dia..aku pun apa lg, setuju la..dh mmg tu yg aku plan..hehe.. Alhamdu lillah.. =)
3. Aku tengah sembang dgn kwn satu tmpat intern..duk sembang2,tibe2 satu persoalan dlm fikiran aku..aku mls nk utarakan..tp..tup2 dia guess tnye cmtu...hurmm...~aku lupe ape yg disembangkan..huhu..
erm..it's quite weird..but..it's such a pleasure.. Hopefully, my great plan dipermudahkan dan kami dikurniakan kesabaran dlm menghadapi kehidupan yg penuh liku ini...amiin..
Adakah ini kebetulan?..
Namun aku pasti, semua ini anugerah dr Tuhan yg Esa..

Rindu...
Mungkin aku terlalu rindukan beliau?...
Dan rindu ku terbalas?..
Semalam arwah atuk muncul dlm mimpi aku.
Aku xmengerti apa maksud mimpi itu...it's just a dream..
Tp..aku yakin arwah pun rindukan aku.. Bole kah aku berperasaan sedemikian??..
Alfatihah utk Almarhum Hj Ismail B Muda..
Terasa mcm semalam beliau tinggalkan aku. Aku bersyukur aku masih diberi peluang utk bersamanya di saat-saat akhir..
ooh..air mata ini menitis lagi..sampai bila ia akan menitis,aku xpasti..Biarlah masa dan kenangan mengubat rindu ini..

05 September 2012
Salam Syawal kalian semua... (bajet mcm ramai je yg update blog ni..hehe)
First of all, aku nk memanjatkan rasa syukur teramat ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang, kekuatan dan kesihatan yg baik dlm mengharungi Ramadhan dan menyambut Syawal bersama keluarga tercinta.. <3 p="p">
Milestone of Syawal:
~ Syawal 2010 : New family member -> abg ipar sulong
~ Syawal 2011 : New family member -> Noah Haris, anak sedara sulong (aku dh jadi auntie..waa..terasa tua..tp..xpun..hehe)
~ Syawal 2012: Noah Haris dah besar..Kecoh satu rumah sbb dia...hee (tp..arwah toki tiada di sisi =( )
~ Syawal 2013: Beraya as final year student... So, xleh nk beraya sangat -_-"
~ Syawal 2014: Beraya as wifey to my hubby...hik3..(berangan xhabes2..hee)
Mudah2an aku masih lg diberi kesempatan Ya Rabbi.. <3 div="div">
3>
3>
-will be continued..~
13 August 2012
Dalam Hati Siapa yg Tahu
Dalam Hati Siapa Yang Tahu.
Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.
Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..
"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)

26 June 2012
30 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)