10 February 2011

Lagu...

This I promise you_N'Sync

When visions around you,
Bring tears to your eyes,
And all that surrounds you,
Are secrets are lies,
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone,
The one you should call
Is standing here all alone
And i will take
You in my arms
and hold you right where you belong
till the day my life is through
this i promise you
this i promise you
i've loved you forever
in lifetimes before
and i promise you never will you hurt anymore
i give you my word
i give you my heart
this is a battle we've won
and with this vow
forever has begun
just close your eyes
each loving day
i know this feeling won't go away

over and over i fall
when i hear you call
without you in my life baby
i just wouldn't be living at all

29 January 2011

Tren...

Pengalamanku menaiki tren/LRT/keretaapi di ibu kota sedikit sebanyak memberikan aku kesempatan utk berfikir mengenai kehidupan... Tanpa penumpang, maka tidak wujudlah tren.. Seperti mana kehidupan kita yang tidak akan pernah lengkap dengan peristiwa atau ceritera alam... Penumpang datang dan pergi apabila tiba di sesebuah stesen atau terminal...Apabila sampai waktunya ia akan berlalu... Kadang2 orang yang sama menaiki tren tersebut bagaikan rutin yang kita lakukan dalam kehidupan ini... Dan kadang2 penumpang itu hilang tanpa berita, lenyap ditelan masa seolah2 itu merupakan kali terakhir dia menaiki tren... Realitinya, kita kadang2 lupa akan sesetengah perkara yg terjadi dalam hidup kita... Lumrah manusia itu pelupa...

Tren ku semakin hari semakin pelbagai penumpang yang menaiki... Macam2 jenis ragam yg ku temui... Pahit manis kehidupan ku redahi... Sungguh, aku rindu saat2 manis yang berlalu walaupun awalnya pahit bagi ku tempuhi... Kehidupan mengajar aku erti menghargai dan kasih sayang... =)

~skuad KWD2010...rindu korang sume...korang terbaek.... =)

17 January 2011

Ai wo arigatou =)

Okaeri sweetheart kaeru basho yeah... ai wo arigatou
Mata heiki na furi wo shite
Kanashimi no iro wo nuritsubushite
Waratte shimaun desu
Karapo na karada, nagareru toki ni fuite shimai souni naru kedo
Anata no koto dakishimetai
Kono kimochi katsugi, ugokasuno
Okaeri ai wo kaeru basho yeah... ai wo arigatou
Sagashite nakushita kokoro no kizuga
Tachimukau tsuyosa in kawareta no wa, okaeri ga attakara
Okaeri sweetheart, matta te ne, mou sugu tsukukara...

16 January 2011

sistem 5 S

Rutin ku pada 15Jan..
-bangun awal2 pagi...kena thn telinga dgr my mum mengadu ketidakpuasan hatinye...
-pegi pasar beli kelapa muda nak makan dgn pulut...
-drive pegi Pejabat Daerah Setiu, ofis my mum...
-dorg ade gotong royong...aku pegi menyibuk... =)
-balik petang...tido...nk p pantai, NOT allowed... =(


Pengalaman berada di ofis kerajaan separuh hari...banyak jugak yang aku dapat thru observation...kmudian, hypothesis has been made...kononnya nak meng'upgrade' kn khidmat, tp xbersama dan bersatu utk mencapai objektif yg di'aim'kan...ade yg give 100% tp ade yg xbg kerjasama...majority yg keje kat situ org Melayu, khidmatnye majority utk org Melayu, dan berjuang di tanah Melayu...macam ade kekurangan...aku nak tolong pun, aku masih lg anak kecik yg mungkin tidak mendapat perhatian dr org atasan...lgpun aku bkn sape2...yg mampu utk mengubah sesuatu seperti itu..kerana aku masih lg sedang berjuang utk bersedia ke arah itu..tp aku respect dorg, mereka dpt bekerja mematuhi arahan ketua dan menghormati "Clerk Chief" mereka walaupun beliau seorg perempuan..(that's my mum...hehe) dah...cukup setakat ni...
Back to origin..mereka gotong royong sebab ade sistem 5S yg dorg kena folow..ape ntah..aku lupe ape BM nye tp jepun ade dia punye long cut...hehe.." seiri,seiton,seiso,seiketsu,shitsuke"__ "tidiness,orderliness,cleanliness,standardization,discipline" ....5S was invented in Japan.
--> seiri brings the meaning of throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace.
--> seiton means set everything in proper place for quick retrieval and storage.
--> seiso means clean the workplace; everyone should be a janitor.
--> seiketsu means standardize the way of maintaining cleanliness.
--> shitsuke means practice 5S daily, make it a way of life which also means commitment. =)

thats ol..hopfuly students kt luar sane pn practice dis 5S rules...(tuju utk diri sendiri, rumets, n housmates...)

13 January 2011

Pantai & Cengkerang...

Kelaziman di kala cuti, aku akan cuba mencari peluang menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang.
Di kesempatan yang ada, aku menghirup udara yang nyaman dan mengukir kenangan dengan adik2 ku. Kegembiraan mereka setiap kali ke pantai, membuat aku bahagia dan bersyukur dengan nikmat Mu ya Allah...

Di musim tengkujuh, pantai kelihatan sangat berlainan walaupun cuaca cerah. Ombak seperti biasa menghempas pantai. Dari jauh kelihatan tenang, namun siapa sangka dalamnya bergelora. Dari dekat kelihatan agak keruh, ombak seperti garang memukul daratan. Terasa tegang suasananya. Aku terasa dipinggirkan kerana dia tidak menyambut baik kedatangan ku. Namun aku akan tetap bersabar hingga musimnya kembali reda. Aku akan tunggu hingga dia betol2 tenang dan boleh bermain denganku lagi seperti sedia kala. (mcm ape ntah ayat..huhu) Di tahun 2011, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai. Adik2 aku sibuk memungut cengkerang di pinggiran, katanye utk dijadikan koleksi. Aku pun turut serta menemani mereka. Kelihatan macam2 bentuk dan corak yang ade. Subhanallah, indahnye ciptaanMu ya Allah.
Erm... Bila difikirkan, pantai itu bagaikan diri kita dan cengkerang itu bagaikan memori yang ditinggalkan oleh diri kite apabila masa berlalu. (ye ke?..pandai2 je..huhu) Yup. Diri kita boleh affect orang lain. Kalau kita tengah hepi dan tenang, maka orang yang berada di sisi kita pun akan turut rasa tenang dan hepi. Tapi kalau dalaman kita tengah kacau, maka dorg akan turut rase terganggu. So, kesimpulannye, cuba hindari kekacauan itu dengan berselawat dan istighfar kerana kita hamba Allah yang akan merasa tenang jika kita dekat denganNya. kan??.. berbeza dgn pantai, memang sudah kejadian alam ada tikanya dia akan bergelora.

Next topic, Setuju x Cengkerang vs memori?? em..okeyp. Bagi aku begitulah, sebelum cengkerang 2 ade di pinggiran, dulunya dorang berada kt dlm laut. hidup dgn gembira. Tapi kemudian sampai waktunya, dorg dibawa arus ke daratan. Ade yang masih elok n ade yang da buruk. Xsempurna bentuknya. Mungkin bermacam2 yg dorg tempuh sebelum tiba di terminal daratan. Macam memori @ kenangan, sebelum waktunya, dia tersimpan kemas dlm diri kita. Namun bila detik berjalan, diri kita mengolah kehidupan, bermacam2 arus yang dilalui, maka terciptalah kenangan sama ada yg elok atau buruk. Yang manis atau pahit. yang manis kita kenang, yang pahit kita jadikan pengajaran. Tapi cengkerang, yang lawa dikutip dibuat hiasan, yang buruk dipinggirkan. (kalw korg xphm bace post ni, maaf ek..saje je mluahkan isi hati..=) )




24 November 2010

urmm...

Dahulu, aku mempunyai seorang kawan. Dia sangat baik, melayanku bagaikan seorang ayah melayan anaknya, bagai seorang abg melayan adiknya, dan sebagai seorang sahabat melayan sahabatnya. Dia akan ada untuk menasihatiku andai aku tersalah langkah. Dia selalu ada untuk membuat ku tersenyum. Indahnya sahabat, namun kenapa itu semua harus berubah? Kita bagaikan sudah tidak saling mengenali. Andai dapat aku undurkan masa, aku ingin kembali ke saat itu. Kembali ke saat indahnya persahabatan yang hanya maut dapat memisahkan. Kini, usia semakin dewasa, kawan datang dan pergi namun hanya sahabat yang kekal di sisi. Dahulu, di saat kita mula mengenali, bagaikan tidak dapat terpisah. Suka duka bersama. Jatuh bangun kita lalui bersama. Sangat indah saat itu. Dan sekali lagi, jika masa dapat diputar kembali, aku ingin kembali ke saat itu, ke saat pahit manis kehidupan kita di perantauan. Aku sangat merindui saat itu. Tapi aku tahu itu semua mustahil, aku hanya mampu berdoa agar hati kita akan selalu bersama walaupun jasad berjauhan. Sahabatku, aku minta maaf andai kehadiranku tidak dapat mencoretkan warna-warna indah dalam kehidupanmu. Aku minta maaf andai menyakitimu. Percayalah, aku tidak bermaksud begitu, aku ingin menjaga setiap persahabatan yang terjalin namun kelemahan dari diri aku sendiri. Aku minta maaf sahabatku semua...

~doremi, koja, mira, najmudin, fiqah, nazmi, teman2 PSSCM, aji, woen, teo, kamil, x-5sn-SMKTM2, kak yin, farah athirah, nabil, mila, ~
sayang kamu semua... =)

10 November 2010

Alia

Tujuh bulan sudah berlalu. Namun masih tiada khabar mengenai Imran. Rindu menjengah diri Alia.
"Assalamualaikum Alia." tegur Asma', sahabat baiknya dari zaman persekolahan.
"Waalaikumussalam. Eh, Asma'. Awak dari mana ni?"
"Saya dari library. Awak buat apa kat sini sorang2? Teringat kat buah hati ke?"
"Mengarut la awak ni. Saya tengah tunggu kawan tapi tak jugak nampak batang hidung. Nasib baik la jumpa awak, xdela bosan sangat."
"Kawan ke buah hati? (sambil tersenyum.) awak, saya tak boleh lama kat sini, saya ada kelas nanti. maaf ye awak."
"Kawan la awak. Em, okay, jumpa lagi. hati-hati awak."
Sekejap saja Asma' sudah hilang dari pandangan Alia. Dari dulu sampai sekarang xjugak berubah. Masih kepoh tapi tetap cun. Tiba-tiba telefon Alia berdering. Geram mula menguasai diri apabila melihat nama yang tertera di skrin.
"Assalamualaikum. eh, awak kat mane ni? jadi datang x? jenuh saya menunggu kat sini."
"waalaikumussalam buah hatiku. aih, janganlah marah awak, nanti cepat tua, xcun la nanti."
"Xkisah la cun ke xcun. awak kat mane ni?"
"tapi saya tetap sayang awak. hehe. saya kat depan awak."
Alia bangun dan menuju ke kereta yang di park in di hadapan dia.
"kita nak ke mana ni?"
"saya nak bawa awak pegi makan."
Alia menurut tanpa bantahan. di dalam kereta Alia hilang dalam alamnya sendiri. Is memandu dengan tenang sambil sesekali menjeling Alia di sebelahnya.
"awak suka pantai kan? Jom turun. Saya dah lapar ni."
"kenapa tiba-tiba awak bawa saya datang sini?"
"nothing. saja teringin nak makan kat pantai."
Mereka berdua beriringan masuk ke Restoran Seri Bayu. suasananya sangat indah di petang itu.
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nur Alia. Allah selamatkan kamu."
segera Alia berpaling ke belakang dan kawan-kawannya seramai 10 orang menanti Alia untuk meniup lilin di keknya.
"thanks guys. i'm totally forgot today is my birthday."
"Ko ni memang Alia, study sampai lupa birthday sendiri. kesian parents ko, penat dorang lahirkan ko." usik Ali. mereka meraikan Alia dan sesudah itu Is menghantar Alia pulang.
sampai di hadapan rumah Alia, Is menhulurkan kotak kecil berwarna hijau dan sejambak bunga lavender.
"Alia, ni untuk awak."
"Apa ni Is?"
"Saya nak awak jadi permaisuri hati saya. walaupun saya tahu hati awak bukan untuk saya, tapi saya tetap akan tunggu awak sehingga awak bagi saya peluang."
"Is. saya tetap akan tunggu Im. saya minta maaf."
"sampai bila Lia? dah 7 bulan tiada khabar mengenainya.kalau dia benar2 sayangkan awak, pasti dia hubungi awak.tapi ni tak, dia biarkan awak sorang2. saya tak sanggup tengok wanita yang saya sayang sedih. saya nak bahagiakan awak. tolong bagi saya peluang Alia. "
"em. bagi saya masa Is."
"take your time my dear. i'll wait 4 u."
alia berlalu tanpa melihat Is. air mata bercucuran mengenagkan nasib cintanya. mahukah dia memberi peluang kepada Is? atau terus menunggu Im yang langsung tiada khabar berita? hanya pada Allah dia berserah.
"
"