Showing posts with label Do Re Mi. Show all posts
Showing posts with label Do Re Mi. Show all posts

31 October 2010

=) =D =P

Andai itu yang membahagiakan kamu
aku turut bahagia wahai sahabatku
aku mendoakan yang terbaik buat kamu.
ingatlah, aku akan selalu ada untuk kamu
diri ini tidak akan berganjak
kerana persahabatan ini tinggi nilainya bagi ku
pilihan itu terletak padamu
selamilah hati mu
fahamilah diri mu
mungkin akan terbuka hijabnya
jika kau benar2 memahami
dan memberinya peluang mencari sejalur cahaya
yang akan menghiasi hidupmu..

11 May 2010

Sahabat

Aku tak ingin dikenali,
Aku tak ingin disanjung,
Aku tak ingin kemewahan dunia,
Aku cuma ingin senyuman,
Dari seorang sahabat,
Supaya aku kembali bersemangat
Tika keletihan menjengah kehidupanku,
Supaya aku terus melangkah
dengan senyuman kecekalan,
Supaya aku mampu merasakan
semuanya mudah,
Supaya aku teus berdiri hingga ke akhirnya.