03 November 2012


15 May 2012
15052012 berlegar2 di fikiran. Kepulanganku ke kampong halaman begitu dinantikan setelah dua bulan berhempas pulas di UTP. Pukul 11 pagi aku dan keluarga bertolak pulang dari Tronoh setelah menyelesaikan beberapa urusan. Aku terharu pabila ayah dan mak aku beria nak datang sebab risaukan aku drive sorang2 dari UTP ke Besut. Aku perlu bersabar untuk beberapa jam lagi. Aku benar2 rindukan Besut, toki & pantai. Kami berhenti makan di KFC Gerik pada pukul 1330. Seterusnya di Puncak Titiwangsa utk menunaikan solat fardhu pd pkul 1515. Toki call selepas kami selesai solat. As usual, he will call us menanyakan keberadaan kitorang. Oh rindunya kat toki. Honestly, ada satu perasaan aneh yang begitu halus melintasi hatiku. Aku tak mengerti apakah ia. Seterusnya, we had our dinner at Machang 1730. We arrived home at 1915. Alhamdu lillah selamat sampai. =)

16 May 2012

Paginya aku mengemas rumah. Petangnya aku ingin ke pantai, namun ku batalkan kerana cuaca mendung & aku tlg mak kat dapur. Toki datang makan dan malamnya sepupuku, Kak Ti datang melawat memandangkan dah lama kami xberjumpa. Kemudian aku dan mak menuju ke Jertih untuk mencari hadiah for her boss.

17 may 2012

Pagi-pagi lagi aku hantar adik-adikku ke sekolah. Itulah rutin ku pabila cuti. Ayah ke KL lagi. Kemudian aku balik sambung tido for a while before I went to Jertih. Withdraw some money and did some shopping at Supermas. Then, fetch up my sissy n bros from school. Petangnya, aku mencuri sedikit masa untuk ke pantai walaupun mak bagi amaran hari nak hujan. Tiba di sana, segala rasa di hatiku bagaikan terluah, nyamannya terasa. Subhanallah indahnya ciptaan Mu. Hampir 15 minit aku menghayati keadaan sekelilingku, aku bergerak pulang walaupun berat sekali langkah ini. Pukul 1910, toki call minta aku belikan dia nasi air. Then, mak ajak toki datang makan kat rumah. So, aku pun pergi amik toki di rumahnya. Aku sampai je, toki tengah duk bersantai di tangga rumahnya. Sekali lagi perasaan itu menerpa. Begitu tenang sekali raut wajahnya, bagaikan mengerti masanya kian hampir dan dia menikmati setiap saat yang dia ada. Ketika itu, aku masih lagi tak mengerti. Dalam kete, toki cakap ima guna kete dia gi KB lepas asar tadi. (hurm. Agaknya kalau aku xbalik Besut lagi, kat siapa toki nak minta belikan makanan ea) Aku turut sekali makan dengan toki. Toki habis dulu dari aku then toki minta kunci kete dari aku.

“Mari ki guna dulu la kete. Esok tunggu ki kul 7.30 pagi, nak gi makan nasi ayam bakar.”

Yuhuu! Aku ada date dengan toki pagi esok. Hee. Malamnya aku pun try tido awal, risau tak terbangun pagi esok. Maklumla, dah terbiasa stay up malam tido pagi. Huhu

18 May 2012

Nasib baik aku bangun awal jugak. Bersiap-siap dan kejutkan Sha. Tepat jam 7.30 pagi toki sampai kat gate rumah. That’s him, very punctual. =) Indahnya pagi tu, Subhanallah. Sebelum ini, aku selalu terlepas pemandangan pagi hari. Syahdu je suasananya. Toki bawak kitorg gi makan kat Pengkalan Nyireh. Ramai jugak orang kat kedai tu. Disebabkan toki, ni first time kot aku breakfast seawal 7.45 pagi dengan nasi sepinggan yang agak penuh. Fuh, kenyang, tak larat den nak habiskan. Aku tengok toki begitu berselera sekali. Jarang aku tengok toki berselera camtu. Sedangkan selalu dinner kat rumah, toki nak sikit je nasi. Another hint that I missed. Selesai makan, toki minta aku hantar dia pi tempat keje dia. Kemudian aku dan sha melencong ke pantai, amik angin segar. Kami duduk tak lama pun, pastu balik rumah. Sampai rumah, aku sambung tido. Hee. Dalam pukul 10 lebih camtu, toki datang rumah, aku cepat2 la bangun dari tido. Tetibe segan. Huhu. Toki minum jap, pastu gi keje semula. Penatnya toki. Hari ni lauk ketam as lunch tp toki tak lunch kat rumah. Dia ada sembahyang hajat/ tahlil kat mane entah.

Petang tu toki datang rumah dengan kete institut memandu. Kemudian, dia minta aku p amik dia kat tempat keje. Dia naik je kete, dia letak nasi kunyit, yasin dalam dashboard. Dia susun satu2. Aku perhatikan je. Perasaan itu datang lagi. Tapi aku cepat2 usir sebab aku xnak pk bukan2. Aku hantar dia balik. Dekat2 nak maghrib, dia call suh p amik dia kat rumah, ima xbalik2 lagi. Sampai je kat rumah dia, aku tengok toki berjalan dari tepi rumah dia. Aku pelik la toki dari mana tp xnak pk lebih2 la. Rupanya masa dia dah dekat sangat. Toki naik je kete, dia cakap pasal ima sume. Erm, mungkin dia risau. Mungkin jugak dia nak jumpa cucu2 dia before dia pergi jauh. Kitorg sembang2, toki Tanya cane exam hari tu, aku jawabla ade yang bole jawab, ade yang susah. Dalam hati, I’m touched =( he used to be like that. Always care. Toki Tanya aku start praktikal bila? Bila habis belajar? Sabarlah ki, meen nak sangat buat ki bangga dengan cucu ki sorang ni. Meen nak belanja ki makan sedap2 bila meen dapat first elaun praktikal nanti. Namun, siapa sangka aku tak sempat nak berbuat demikian. Another hint he gave me that he don’t have more time for that. Lepas aku hidang nasi kat toki, aku p solat jap. Lepas ni nak hantar toki balik lak. Selesai je aku solat, terjengul toki kat pintu bilik. Dia minta kunci kete. Mungkin dia serba salah kat aku. Tapi aku tak kesah pun. I enjoyed doing that.

19 May 2012

Aku bangun awal jugak pagi ni. Aku kemas rumah, tolong mak masak. Tetiba rajin lak. Hee. Toki datang umah dalam kul 9-10 pagi camtu la dengan DAQ. Then minta aku hantar dia p keje. Dalam perjalanan, dia tanya Mimi jemput tak dia kawen 31 ni? Seriously aku baru terfikir nak tanya ki pasal tu pagi tu jugak, before ki datang rumah. Tup2 toki dah tanya. Bluetooth kuat sangat kot. =) I miss him…

Toki datang rumah pukul 12 camtu kot. Dari riak mukanya, aku tau ada sesuatu yang tak kena. Kemudian aku terdengar toki mengadu kat mak yang perutnya sakit sangat. Then toki nak makan nasi tapi nasi tak masak lagi. Mak pelawa makan ketupat sotong, his favourite, tapi toki tak nak. Mak hairan, toki tak pernah menolak ketupat sotong. His favourite, lebih2 lagi mak yang masak. Aku risau. Perasaan tu datang lagi and a bit clear than before. Tapi aku nafikan sebab it’s not the time. =(

Mak ajak ki gi hospital. Then toki suh aku p amik dia kat ofis, dia nak pulangkan kete. 2-3 kali jugak dia pesan kat aku suh p amik sekarang. Aku pun kelam kabut dah.

Sesekali dalam kete, toki mengaduh kecil, menahan kesakitan. Itulah toki, cuba menyembunyikan rasa sakit, sedih dan cover dengan riak selamba dan jenaka dia. I wish I could be like him. Sampai rumah, toki suh hidangkan nasi. Toki makan 2-3 suap je. Dia cakap dah tak tahan sangat dah. Dia suh mak cepat sikit. Aku perasan jugak tadi, toki call sume anak2 dia. Aku tak nak fikir lebih2 sebab aku risau. Aku tak nak kehilangan ki. I’m not ready yet & it’s just not the time. I need him to face this challenging life. Who am I to say that? Hidup mati seseorang semuanya telah ditetapkan. Tak dapat diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat. Aku dan mak bersiap sesegera yang mungkin. Pegi dengan DAQ, mak yang drive. Aku xkuat nak drive, sebab jauh di sudut hatiku, aku risaukan toki. I know, mak lagi la risau becoz he’s her dad.

Before p hospital, singgah umah ki jap. Dia nak amik barang. Aku teman ki masuk dalam rumah. Aku ikut je ki. Dia amik beg dia yang dah ade baju kat dalam. Dia dah standby in case of any emergency. Dia amik ubat. Then pesan sesuatu kat aku, berkaitan harta dia. Macam amanahkan. Tak ku sangka lepas toki pergi, apa yang dia pesan n org lain xtau menjadi kecoh sikit. I thought a day after he gone baru la pk sume tu. =( kemudian kitorang klua, dah dekat tangga depan rumah, pastu toki patah balik. Aku ikut lagi. Risau jugak. Ingatkan toki nak amik barang lagi, tp tak. Aku pelik, risau, sedih, cuak. Dia mundar mandir dalam rumah. Dia perhatikan sekeliling dalam rumah. Pastu turun. Kalw xsilap, 3 kali dia klua masuk rumah. Perasaan itu makin kuat. Oh my, I need some strength to face all this. Mak cik aku cakap, biasenye b4 org tu nak pegi jauh, dia akan tengok sekeliling kwsn umah dia.

Toki rebahkan seat depan, bersandar kejap pastu angkat kepala. Toki kelihatan gelisah & tak senang duduk. Kesakitannya tak tertanggung lagi. Aku hanya memerhatikan tingkah toki dan hulurkan bantal kat Sha & dia sorongkan kat bawah kepala ki. Sungguh aku tak tau apa yang harus aku lakukan. =(

Sampai je depan emergency room, aku bergegas turun & daftar ki. Di ruangan menunggu, toki duduk di depanku & mak. Sesekali toki mengerling ke belakang. Kemudian toki bangun nak p toilet. Sha temankan. Duduk kejap then toki pegi kat kaunter n cakap dah tak tahan sangat dah. Akhirnya dia benarkan masuk. Aku kecewa dengan servis yang diberikan. Mau je saman mereka semua!!!!! Toki & mak masuk dulu. Sesekali mak klua. Ya Allah, mudah-mudahan toki ok je. Kemudian mak suh aku p bayar bil telefon dia, susah nak contact sape2. Balik je dari bayar bil, ayah su & ayah teh dah sampai. Once again, mak minta aku p kedai beli gula2 & air untuk ki sbb blood pressure ki low. Aku beli Cadbury n air milo. Toki minum separuh je. Then mak cakap toki kena hantar p USM, dorang bincang2, n aku yang akan teman ki naik ambulans. Aku isi form sume. 2-3 minit lepas tu, mak & ayah su balik. Tinggal la aku dengan ayah teh je. Selang 5-6 minit lepas dorang balik, satu pengumuman kedengaran “ Diminta waris Ismail B Muda masuk”. Aku dan ayah teh bergegas masuk. Aku terkedu melihat petugas kelam kabut menarik tirai dan memasang alat pernafasan. Aku sempat melihat wajah ki sebelum tirai memisahkan kami. Aku keseorangan. Ayah teh di sebelah ki,berpaling ke arah ku dan meminta aku call mak & ayah su suh patah balik. Kelihatan air mata bergenang di bibir mata ayah teh. Be strong Shameen!! Toki will be ok. He’ll be okay!

Aku klua n call mak. Aku kelu.

“Mak, datang hospital semula. Toki kritikal. Mak call ayah su.” Line putus.

Aku tak mampu. Aku tak nak air mata ni jatuh. Please be strong Shameen. Aku cuba sembunyikan kesedihanku. Mak terus masuk dalam, aku dgn sha kat luar. Kemudian mak klua minta aku call Cik We, Long, Kak Long, n sume yang aku nak. Sha yang call n sha dah nangis2. No! you can’t cry Meen, toki ada lagi kat dalam. He’ll be okay. Aku call Cik Alang. Aku cuba kawal suara semampu yang boleh.

“Cik Alang, ki kritikal skrg.” Kedengaran Cik Alang dah lemah di sana. Aku? Aku sebak. Namun aku cuba lagi. Tak lama lepas tu, mak su sampai. Aku jaga anak2 dia yang masih kecil di luar. Sha dah menangis2. After awhile, mak klua n minta surah yasin. Aku pergi ambil dalam kete. Sebak sekali lagi. Rasa nak menjerit bagi semua orang tau yang surah yasiin tu toki yang letak dalam kete DAQ dan sekarang dirasmikan untuk ki sendiri. Buku yasiin tu dari majlis tahlil kawan baik ki. Another hint yg menunjukkan ki akan ikut kwn baik dia pergi. Aku bagaikan anak kecil yang terkapai2 meminta pertolongan. I need a shoulder, I need a hug untuk lepaskan kesedihan yang terbuku ini. Namun, luarannya aku berpura-pura kuat. Tak setitis pun air mata yang mengalir. Oh hipokritnya kau Shameen Aida. Toki kau sedang kesakitan di dalam dan kau???? Kau seolah-olah tiada perasaan. Tersenyum melawan karenah budak-budak.

Saat-saat yang cuba dihindarkan tiba jua. Aku diberi peluang untuk masuk ke dalam. Sesaat aku melihat toki yang tak terdaya dengan alat pernafasan, sesaat itu jugak air mata ini bergenang. Dalam hati ini merintih, “ Ki, jgn buat meen camni. Bukalah mata ki. Bangunla ki. Sihat la semula ki. Meen datang ni ki. Bangun la ki.” Aku tak mampu meluahkannya. Aku tak dapat tahan lagi air mata ini. Aku klua. Makin ramai yang datang melawat ki. Dalam pukul 6.30pm aku p surau, solat asar. Di sujud terakhir, sekali lagi sebak melanda diri. Dalam doaku,

“ Ya Allah, Kau Maha Mengetahui segalanya. Jika inilah yang terbaik untuk ki, maka Kau ambillah nyawanya. Aku xsanggup lihat toki terseksa kesakitan. Jika toki masih lagi ada peluang untuk sembuh, maka Kau sembuhkanlah dia. Aku mohon yang terbaik dari Mu Ya Allah.”


Kejamkah aku berdoa camtu? Aku tak sanggup lihat toki camtu. Berselirat dengan wayar, mengharapkan bantuan alat pernafasan. Menderita hatiku melihatnya. Pedih.

Tak lama lepas tu, aku dengar berita toki dah tak dapat diselamatkan. Salur darah utama ke buah pinggang pecah, dah xde peluang nak sembuh. Doc decided to pull away alat pernafasan. Oh my, betol ke toki dah xde? Is it real? Someone please explain to me! Mau je aku lari dan halang nurse dari cabut alat pernafasan dari mulut ki. Tapi langkahku kaku pabila melihat satu-satu wayar dipisahkan dari tubuh ki. Luluhnya hati. I really need someone who didn’t ask much but remain silence n be by my side n comfort me. Aku xleh nak peluk mak sebab mak dah cukup sedih dan nak uruskan banyak hal. Aku xleh nak peluk adik2 sebab aku kena kuat sbg kakak. Aku cuba tenangkan diri aku sendiri. Kitorg dibenarkan melihat ki. Air mata ni jatuh jua mellihat ki terbujur kaku dengan dilitup kain putih. Aku tak dapat menahan sebak. Sekelip mata semua ni terjadi. Kemudian wan sampai, aku salam dia dan dia peluk aku. Time tu memang aku tak dapat nak tahan. Aku menangis sampai tersedu-sedu. Kemudian, aku meneruskan bacaan tahlilku utk ki.

YOU’RE MY MAN… YOU’RE MY HERO… YOU’RE MY GREATEST SUPPORT… YOU’RE MY SPIRIT…

WITHOUT YOU, I CAN’T BE  WHAT I AM NOW… I CAN’T ACHIEVE WHAT I HAD NOW… I LOVE YOU SO MUCH KI…
Al-Fatihah~