28 January 2013

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku pada hari ini, esok dan seterusnya..
Kau titipkanlah ketabahan dalam diriku dan sahabat perjuanganku dalam mengharungi semester2 akhir pengajian kami..
Kau sematkanlah keberanian menghadapi segala jenis dugaan dan halangan menanti..
Kau semaikanlah semangat yang tak putus2 berjuang..
Kau satukanlah hati2 kami..
Tetapkanlah hati2 kami..
Janganlah Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walau dengan hanya sekelip mata..
Ya Allah, mudah2an aku redha atas apa jua yg berlaku..
Kerana Kau adalah sebaik2 perancang dan pencipta..

Amiin Ya Rabbi Al-amin..