22 May 2010

Pelangi

pernahkah kita terfikir bagaimana pelangi terhasil??..
(bg org2 yg suke b'fikir, mmg akan terfikir..tp bg diri ak, kdg2 je terase nak xplore kjadian alam ni..huhu)
kalo ikutkan teori sains,
(Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.)

bermula dgn cahaya + titik air  + biasan----> warna2 pelangi yg sngt cantik..
subhanallah..
ak terkaitkan pulak dgn kehidupan kita..
kita hanyalah insan biasa, melalui satu proses iaitu kehidupan, hasilnye kite sendiri yg menilai adakah warna2 pelangi yg indah terbentuk atau sebaliknye....

kadangkala Allah hilangkan mentari,
Kemudian Dia datangkan ribut petir,
Kita mengeluh dan tertanya2 di mana sinarnya,
Rupanya Allah nak bagi kita pelangi.... =)

~ thanx to you ~ 
~ menghadirkan pelangi dalam hati ini ~

2 comments: