31 March 2012

Im..Alia..Is

"Alia. Cepat datang sini." panggil Ina.
"Kenape ni Ina? Macam nampak hantu je." tanya Alia.
"Kau tengok sana." Ina menunjuk ke arah outlet MnG.

Kelihatan pasangan yang cukup ku kenali dan dinantikan. Im memeluk erat pasangan di sebelahnya, mempamerkan senyuman yang sebelum ini tidak pernah Alia lihat. Tanpa sedar, Alia menuju ke arah mereka ingin mendapatkan kepastian. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan.

"Im." sapa Alia. Im menoleh dengan muka terkejut.
"Eh! Alia. Apa khabar?" tegur Im berbasa-basi.
"Selepas 2 tahun, baru awk nak tanya khabar sy? Baru ingat nama saya? 2 tahun awk tinggalkan sy terkapai2. Menanti sesuatu yang tak pasti, ini balasan yg sy dapat?" Alia meluahkan isi hatinya tanpa mempedulikan apa2. Hubungannya dgn Im harus ditamatkan.
Im terkedu dengan asakan Alia yg bertubi-tubi.
"Sy dengan rasmi memutuskan sebarang perasaan antara kita. Semoga awk berbahagia dgn pasangan awk ni. Sy xpernah menyesal kenal dgn awk sbb awk buat sy kenal lelaki mana yg lebih layak utk sy." Alia berlalu pergi. Terasa segala bebanan berlalu pergi. Seiring dgn manik halus yg jatuh menyembah bumi. Alia memandu tanpa arah. Selama dua jam memandu, akhirnya dia sedar. Sudah terlalu jauh dia pergi. Setelah diperhatikan sebetulnya, dia kini berada di Perlis dan dengan nekad dia menuju ke Pulau Langkawi dengan sehelai sepinggan. Ketenangan amat diperlukan dari hiruk pikuk kota perasaan. 

"Mak. Alia sekarang kat jeti Kuala Perlis."
"Kau dengan siapa tu Alia?"
"Alia sorg mak. Mak jgn risau ea. Pandai lah Alia jaga diri. Alia nk tenangkan perasaan ni mak. Penat sangat."
"Hurm. Yelah. Ada pape nanti bgtaw mak ye. Hati2."
"Terima kasih mak."
Alia melepaskan keluhan yg berat. Teringat di awal perkenalan dia dgn Im, mak memang xmengizinkan dia berkawan dengan Im. Tapi hati anak muda yg ingkar dgn kata2 seorg ibu. Inilah padahnya.
Alia mematikan telefon bimbitnya dgn harapan x ingin diganggu buat seketika.

Alia melewati Pantai Cenang. Damai menyinggah di hati. Diperhatikan kanak2 yg berkejaran riang, alangkah indah. Subhanallah. Sedang Alia leka menyaksikan keindahan alam, tiba-tiba dia disapa lembut.
"Assalamualaikum Alia."
"Waalaikumussalam." jawab Alia dgn nada terkejut.
"Puas sy cari awk. Merata sy pergi. Rupa2nya kt sini ea awk sembunyi."
"Em. Maafkan sy Is."
"Xpe Alia. Sy faham. Tp kalw bole, jgn la matikan fon.Sengsara sy taw." Is senyum menampakkan barisan giginya yg putih tersusun. Diserlahkan lg dgn lesung pipitnya. Manis.
"Mcm mana awk taw sy ade kat sini?"
"Mak awk ckp anak dia sembunyi kt Pulau Langkawi. Sy pun terus la dtg sini."

Alia senyum. Masih ada insan yg sudi ambil berat pasal dirinya.


1 comment:

  1. wa..da sambug..tp..aritu bhenti kt mne ea?huhu... :D

    ReplyDelete