Sewaktu aku kecik2 dulu, aku susah nak dapat apa yg aku inginkan. Aku selalu mengalah untuk adik2. Aku xbole tgk muka mak ayah aku susah dan sedih, sebab tu aku mengalah dan diam. Hanya memerhati dan memendam tanpa bantahan. Memberontak dgn cara aku. Namun, aku tetapkan dalam hati, apa pun yang aku nak, aku kena usaha sendiri. Aku akan kumpul duit belanja harian aku, kadang2 aku xmakan waktu rehat ataupun makan roti 50 sen tu je. Aku enjoy cara aku, keluar waktu sekolah tp aku xlupa bagitaw kat mak ayah aku. Aku cuba terima keadaan family aku seadanya. Tekad aku, aku nak belajar betol2 dan buat mak ayah aku happy. Alhamdu lillah, dalam peperiksaan PMR dan SPM aku berjaya bt dorang tersenyum bangga. Kini, apa yang aku pinta, senang sekali mak dan ayah tunaikan. Mungkin aku berjaya mendapatkan kepercayaan mereka bahawa aku tak akan menyusahkan dorang. Aku berfikir sejenak.....
Mampukah aku untuk terus mengukirkan senyuman di wajah kedua mak dan ayah aku??
Tahun depan aku bakal menamatkan pengajian degree ku di UTP. Mampukah aku memperoleh keputusan yg cemerlang? Aku akan usahakan yg terbaik utk mu mak dan ayah. Aku ingin sekali membalas kedua jasa mu.
Terima Kasih Mak dan Ayah!!
I Love You Very Much!!
Sekian!
All the best! :)
ReplyDeleteThank You! ;)
ReplyDelete