Ini semua benar! Realiti! Dalam masa beberapa bulan lagi, aku dan dia bakal disatukan. Insya Allah dengan restu-Nya. Kadang-kadang aku belom bersedia untuk menghabiskan masa mudaku dengan seorang insan yang bergelar suami, namun bagi aku, sesaat diijabkabulkan, maka aku harus bersedia untuk menjadi isteri dia. Aku ingin menjadi seorang isteri yang bukan sekadar penghibur suamiku, tetapi juga seorang isteri yang akan sentiasa menemani dan menjaga suamiku hingga ke syurga. Oleh itu, untuk menjadi seorang isteri yang terbaik bagi suamiku, aku perlu persiapkan diri aku, bukan sekadar nikah untuk selalu berdua dengan suami.
Bernikah bukan sahaja dengan suami, tapi bernikah dengan keluarga suami juga. Aku kena layan dan hormat mak ayah dia seperti aku layan dan hormat mak ayah aku. Aku kena jaga hati mentua aku dan adik-adik ipar aku. Ya, aku tahu bukan senang nak jaga hati semua orang, namun aku akan cuba. Redha Allah terhadap seorang isteri adalah terletak pada redha suami pada isterinya..
Sebelum aku bernikah ini, aku ingin mencari redha Allah dengan mentaati dan membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku ingin hadiahkan yang terbaik untuk mereka supaya mereka merasa senang mempunyai anak seperti aku. Begitu besar jasa mereka pada ku. Tanpa mereka, siapalah aku.
Aku akan perbaiki diriku sebelom aku menjadi seorang isteri kepada suamiku dan seorang ibu kepada anak-anakku kelak. Izinkan aku untuk membahagiakan kedua ibu bapaku sebelum aku membahagiakan suamiku.
No comments:
Post a Comment