29 January 2011

Tren...

Pengalamanku menaiki tren/LRT/keretaapi di ibu kota sedikit sebanyak memberikan aku kesempatan utk berfikir mengenai kehidupan... Tanpa penumpang, maka tidak wujudlah tren.. Seperti mana kehidupan kita yang tidak akan pernah lengkap dengan peristiwa atau ceritera alam... Penumpang datang dan pergi apabila tiba di sesebuah stesen atau terminal...Apabila sampai waktunya ia akan berlalu... Kadang2 orang yang sama menaiki tren tersebut bagaikan rutin yang kita lakukan dalam kehidupan ini... Dan kadang2 penumpang itu hilang tanpa berita, lenyap ditelan masa seolah2 itu merupakan kali terakhir dia menaiki tren... Realitinya, kita kadang2 lupa akan sesetengah perkara yg terjadi dalam hidup kita... Lumrah manusia itu pelupa...

Tren ku semakin hari semakin pelbagai penumpang yang menaiki... Macam2 jenis ragam yg ku temui... Pahit manis kehidupan ku redahi... Sungguh, aku rindu saat2 manis yang berlalu walaupun awalnya pahit bagi ku tempuhi... Kehidupan mengajar aku erti menghargai dan kasih sayang... =)

~skuad KWD2010...rindu korang sume...korang terbaek.... =)

17 January 2011

Ai wo arigatou =)

Okaeri sweetheart kaeru basho yeah... ai wo arigatou
Mata heiki na furi wo shite
Kanashimi no iro wo nuritsubushite
Waratte shimaun desu
Karapo na karada, nagareru toki ni fuite shimai souni naru kedo
Anata no koto dakishimetai
Kono kimochi katsugi, ugokasuno
Okaeri ai wo kaeru basho yeah... ai wo arigatou
Sagashite nakushita kokoro no kizuga
Tachimukau tsuyosa in kawareta no wa, okaeri ga attakara
Okaeri sweetheart, matta te ne, mou sugu tsukukara...

16 January 2011

sistem 5 S

Rutin ku pada 15Jan..
-bangun awal2 pagi...kena thn telinga dgr my mum mengadu ketidakpuasan hatinye...
-pegi pasar beli kelapa muda nak makan dgn pulut...
-drive pegi Pejabat Daerah Setiu, ofis my mum...
-dorg ade gotong royong...aku pegi menyibuk... =)
-balik petang...tido...nk p pantai, NOT allowed... =(


Pengalaman berada di ofis kerajaan separuh hari...banyak jugak yang aku dapat thru observation...kmudian, hypothesis has been made...kononnya nak meng'upgrade' kn khidmat, tp xbersama dan bersatu utk mencapai objektif yg di'aim'kan...ade yg give 100% tp ade yg xbg kerjasama...majority yg keje kat situ org Melayu, khidmatnye majority utk org Melayu, dan berjuang di tanah Melayu...macam ade kekurangan...aku nak tolong pun, aku masih lg anak kecik yg mungkin tidak mendapat perhatian dr org atasan...lgpun aku bkn sape2...yg mampu utk mengubah sesuatu seperti itu..kerana aku masih lg sedang berjuang utk bersedia ke arah itu..tp aku respect dorg, mereka dpt bekerja mematuhi arahan ketua dan menghormati "Clerk Chief" mereka walaupun beliau seorg perempuan..(that's my mum...hehe) dah...cukup setakat ni...
Back to origin..mereka gotong royong sebab ade sistem 5S yg dorg kena folow..ape ntah..aku lupe ape BM nye tp jepun ade dia punye long cut...hehe.." seiri,seiton,seiso,seiketsu,shitsuke"__ "tidiness,orderliness,cleanliness,standardization,discipline" ....5S was invented in Japan.
--> seiri brings the meaning of throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace.
--> seiton means set everything in proper place for quick retrieval and storage.
--> seiso means clean the workplace; everyone should be a janitor.
--> seiketsu means standardize the way of maintaining cleanliness.
--> shitsuke means practice 5S daily, make it a way of life which also means commitment. =)

thats ol..hopfuly students kt luar sane pn practice dis 5S rules...(tuju utk diri sendiri, rumets, n housmates...)

13 January 2011

Pantai & Cengkerang...

Kelaziman di kala cuti, aku akan cuba mencari peluang menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang.
Di kesempatan yang ada, aku menghirup udara yang nyaman dan mengukir kenangan dengan adik2 ku. Kegembiraan mereka setiap kali ke pantai, membuat aku bahagia dan bersyukur dengan nikmat Mu ya Allah...

Di musim tengkujuh, pantai kelihatan sangat berlainan walaupun cuaca cerah. Ombak seperti biasa menghempas pantai. Dari jauh kelihatan tenang, namun siapa sangka dalamnya bergelora. Dari dekat kelihatan agak keruh, ombak seperti garang memukul daratan. Terasa tegang suasananya. Aku terasa dipinggirkan kerana dia tidak menyambut baik kedatangan ku. Namun aku akan tetap bersabar hingga musimnya kembali reda. Aku akan tunggu hingga dia betol2 tenang dan boleh bermain denganku lagi seperti sedia kala. (mcm ape ntah ayat..huhu) Di tahun 2011, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai. Adik2 aku sibuk memungut cengkerang di pinggiran, katanye utk dijadikan koleksi. Aku pun turut serta menemani mereka. Kelihatan macam2 bentuk dan corak yang ade. Subhanallah, indahnye ciptaanMu ya Allah.
Erm... Bila difikirkan, pantai itu bagaikan diri kita dan cengkerang itu bagaikan memori yang ditinggalkan oleh diri kite apabila masa berlalu. (ye ke?..pandai2 je..huhu) Yup. Diri kita boleh affect orang lain. Kalau kita tengah hepi dan tenang, maka orang yang berada di sisi kita pun akan turut rasa tenang dan hepi. Tapi kalau dalaman kita tengah kacau, maka dorg akan turut rase terganggu. So, kesimpulannye, cuba hindari kekacauan itu dengan berselawat dan istighfar kerana kita hamba Allah yang akan merasa tenang jika kita dekat denganNya. kan??.. berbeza dgn pantai, memang sudah kejadian alam ada tikanya dia akan bergelora.

Next topic, Setuju x Cengkerang vs memori?? em..okeyp. Bagi aku begitulah, sebelum cengkerang 2 ade di pinggiran, dulunya dorang berada kt dlm laut. hidup dgn gembira. Tapi kemudian sampai waktunya, dorg dibawa arus ke daratan. Ade yang masih elok n ade yang da buruk. Xsempurna bentuknya. Mungkin bermacam2 yg dorg tempuh sebelum tiba di terminal daratan. Macam memori @ kenangan, sebelum waktunya, dia tersimpan kemas dlm diri kita. Namun bila detik berjalan, diri kita mengolah kehidupan, bermacam2 arus yang dilalui, maka terciptalah kenangan sama ada yg elok atau buruk. Yang manis atau pahit. yang manis kita kenang, yang pahit kita jadikan pengajaran. Tapi cengkerang, yang lawa dikutip dibuat hiasan, yang buruk dipinggirkan. (kalw korg xphm bace post ni, maaf ek..saje je mluahkan isi hati..=) )