13 January 2011

Pantai & Cengkerang...

Kelaziman di kala cuti, aku akan cuba mencari peluang menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang.
Di kesempatan yang ada, aku menghirup udara yang nyaman dan mengukir kenangan dengan adik2 ku. Kegembiraan mereka setiap kali ke pantai, membuat aku bahagia dan bersyukur dengan nikmat Mu ya Allah...

Di musim tengkujuh, pantai kelihatan sangat berlainan walaupun cuaca cerah. Ombak seperti biasa menghempas pantai. Dari jauh kelihatan tenang, namun siapa sangka dalamnya bergelora. Dari dekat kelihatan agak keruh, ombak seperti garang memukul daratan. Terasa tegang suasananya. Aku terasa dipinggirkan kerana dia tidak menyambut baik kedatangan ku. Namun aku akan tetap bersabar hingga musimnya kembali reda. Aku akan tunggu hingga dia betol2 tenang dan boleh bermain denganku lagi seperti sedia kala. (mcm ape ntah ayat..huhu) Di tahun 2011, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai. Adik2 aku sibuk memungut cengkerang di pinggiran, katanye utk dijadikan koleksi. Aku pun turut serta menemani mereka. Kelihatan macam2 bentuk dan corak yang ade. Subhanallah, indahnye ciptaanMu ya Allah.
Erm... Bila difikirkan, pantai itu bagaikan diri kita dan cengkerang itu bagaikan memori yang ditinggalkan oleh diri kite apabila masa berlalu. (ye ke?..pandai2 je..huhu) Yup. Diri kita boleh affect orang lain. Kalau kita tengah hepi dan tenang, maka orang yang berada di sisi kita pun akan turut rasa tenang dan hepi. Tapi kalau dalaman kita tengah kacau, maka dorg akan turut rase terganggu. So, kesimpulannye, cuba hindari kekacauan itu dengan berselawat dan istighfar kerana kita hamba Allah yang akan merasa tenang jika kita dekat denganNya. kan??.. berbeza dgn pantai, memang sudah kejadian alam ada tikanya dia akan bergelora.

Next topic, Setuju x Cengkerang vs memori?? em..okeyp. Bagi aku begitulah, sebelum cengkerang 2 ade di pinggiran, dulunya dorang berada kt dlm laut. hidup dgn gembira. Tapi kemudian sampai waktunya, dorg dibawa arus ke daratan. Ade yang masih elok n ade yang da buruk. Xsempurna bentuknya. Mungkin bermacam2 yg dorg tempuh sebelum tiba di terminal daratan. Macam memori @ kenangan, sebelum waktunya, dia tersimpan kemas dlm diri kita. Namun bila detik berjalan, diri kita mengolah kehidupan, bermacam2 arus yang dilalui, maka terciptalah kenangan sama ada yg elok atau buruk. Yang manis atau pahit. yang manis kita kenang, yang pahit kita jadikan pengajaran. Tapi cengkerang, yang lawa dikutip dibuat hiasan, yang buruk dipinggirkan. (kalw korg xphm bace post ni, maaf ek..saje je mluahkan isi hati..=) )




2 comments: