08 April 2011

Cinta Hannah

Hannah pening memikirkan keadaan yang berlaku. Baginya, cukuplah dia berlembut hati selama ini. Nekad dengan keputusan yang dibuat, tanah semenanjung akan ditinggalkan demi mengejar cita-cita yang pernah terkubur. Terngiang-ngiang di fikirannya kata-kata Zara, anak buahnnya yang berat hati untuk melepaskannya pergi. "Mama Anna nak pi mana? Kenapa nak tinggalkan Zara? Zara janji lepas ni Zara xnak nakal-nakal dah. Mama Anna jangan tinggalkan Zara ek. " Maafkan mama Anna sayang. Mungkin satu hari nanti kamu akan mengerti perasaan ini. Zara lena dalam pangkuan Hannah.

Hannah lenyap ke dalam perut KLIA, pura-pura tidak mendengar esakan ibu dan Zara. Berat kaki melangkah namun harus dikuatkan juga, tidak sanggup lagi dipersalahkan sebagai orang ketiga dalam kisah percintaan sendiri. Kata-kata manis hanya sementara, bahagia yang dijanjikan, namun derita yang diperoleh. Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Aku redha dengan ketentuan-Mu. Temukan aku dengan seorang yang benar-benar berhak ke atas diri ini, yang akan menjadi nakhoda kehidupanku dalam bertemu Mu Ya Allah. 

Setelah 11jam berada di awangan, sampai juga di bumi London. Alhamdulillah. Sebaik saja Hannah melangkah keluar dari airport, kelihatan Alisha, yang tersenyum mesra ke arahnya. "Semakin cun kau sekarang isha. Rindu kau sangat." luah Hannah. "Kau ni memang Anna, bila derita baru cari aku, sebelum ni xde pulak kau cakap rindu aku. " rajuk Isha. Hannah meleraikan pelukannya dan memberikan Isha senyuman yang paling comel. "Sorry la Isha. Aku selalu ingat kau, cuma xsempat nak bagitaw. Lain kali aku bagitaw kau ek. So, ke mana kita hari ni?" pujuk Hannah. "Yela2. Jom la balik rumah aku dulu. Jet lag kau pun xhilang lagi. Esok aje la kita p jalan-jalan. Lagipun aku cuti esok." balas Isha.


Keesokannya, mereka bersiar-siar di Kota London. Lupa seketika akan derita yang ditanggung Hannah. "Anna. What happen actually between you and him?" soal Isha sepupu yang bagaikan kawan rapat. "Em. b'coz of 3rd party and yet i'm the one he's blaming. He'll get married soon." luah Hannah. "What?!.. erm..Sokaiy my dear. You deserve better." Hannah melepaskan keluhan yang selama ini terkubu di dasar hati. Harapannya, lembaran baru kehidupannya bertambah ceria di hari yang mendatang. "Anna. Aku rasa xsedap hati la. Macam ada someone yang perhatikan kita."ujar Isha sambil matanya melilau melihat keadaan sekeliling. 

"Assalamualaikum Isha. Hai."  
"Waalaikumussalam. Eh kau Adam. Aku ingatkan sapa la tadi." jawab Isha.
"Hehe. Aku nampak kau tadi and aku ikut kau. Tunggu peluang nak menyampuk." balas Adam.
"Kau stalk  kitorang ek?.. Patutla aku rasa semacam je tadi. Awatnya ni Adam? Berkenan kat sepupu aku ke? Hehe" usik Isha.
"Lebih kurang la. Hehe. Kau xnak kenalkan dia kat aku ke Sha?"
"Ok. Hannah, he's my classmate Adam and Adam, she's my beloved cousin. Have been here for 2days, next week she will be our junior. " said Isha.
"Eh Isha. Xperlu la kot cakap camtu." ujar Hannah.
"Xpe Hannah. I do wanna know a lot about you if u dont mind." 
"Ehem. Adam. Sorry for interrupting, we got to go now. See ya." sampuk Isha.


Tiba jua waktu yang diimpikan, kali ini apa yang dikorbankan dulu demi sebuah cinta kini akan diperoleh kembali kerana harga sebuah cinta yang mendalam. Hannah melangkah dengan penuh semangat. University of Cambridge kini nyata di hadapannya tidak akan dipersiakan.


2 tahun berlalu, Adam tidak pernah putus asa membuka pintu hati Hannah. Selalu ada tika susah dan senang bersama Hannah, namun Hannah tidak pasti akan perasaannya. Cukup lah sekali hidupnya tak terurus kerana cinta. Adam terus bersabar kerana dia tahu, hanya cinta yang tulus akan dapat membuka semula pintu hati Hannah yang berjaya mencuri hatinya buat pertama kali. 


Tanpa disangka, satu nama yang mencoret sejarah pahit dalam hidupnya, kini kembali mencari cinta Hannah. Sanggup ke bumi London hanya demi cinta seorang Hannah. "Anna. Is minta maaf. Is harap cinta Anna masih untuk Is." rayu Is sambil menghulurkan sejambak bunga tulip warna purple kesukaannya. Hannah diam sejenak dan menerima bunga itu. Kali ini dia nekad dengan rasa hatinya. 
" I'm sorry Is. My love is no longer for you. It's for someone who really deserves it. Thanks for coming here. Let this meeting will be a good ending for both of us." ujar Hannah dengan bayangan Adam muncul di hatinya. Tanpa disedari, dari jauh mereka diperhatikan. Luluh hati seorang Adam namun tetap mendoakan yang terbaik untuk pemilik hatinya andai itu yang membahagiakan dia. 


Belum sempat Hannah menghilangkan penat menyelesaikan tugasan terakhir di Cambridge, Isha dengan muka yang kelat duduk di sebelahnya. "Anna. Kau cakap kau dah lupakan Is. Patutla kau xnak terima Adam. Hati kau masih untuk Is ek. If I know this would happen, I wont introduce you to Adam." Isha meluahkan amarahnya. "Isha. Kau salah faham. Aku dah lama lupakan Is dan hati aku bukan untuk dia lagi. Btw, how you know?" soal Hannah. "Baguslah kalau camtu. Hurm.. Tadi Adam called me and dari dia aku taw kau jumpa Is. "
"What? Oh gosh. Apa aku nak buat ni Isha. Sah2 dia salah faham."
"Agak la. Suara dia tadi sounds different. And guess what, esok dia balik Malaysia. Tu la. Jual mahal sangat."
"Kau tolong aku Isha, please!.."
"Yes Dr. Hannah. What is it?"
" Kau minta tolong kawan kau yang keje kat airport. Aku nak beli tiket same plane with him, and kalau bole, seat yang sebaris dengan dia. Aku sayang dia." 
"Demi kebahagiaan kau dengan Adam, aku sanggup buat apa saja."


Hari ini, cinta yang dulunya layu kini akan kembali mekar mengharum. Hannah mengenakan blouse putih yang dihadiahkan oleh Adam dengan jeans. Tanah semenanjung akan kembali dijejak dengan cinta sucinya. Permudahkan urusanku Ya Allah, mudah-mudahan dia yang terbaik untukku. 
10minit sebelum tiba di KLIA, seorang pramugari muda menghampiri Adam.
"Excuse me.Sir Adam?"
"Yes?"
"Here is a note for you."
"Thanks."


Cinta yang tak terluah, 
tidak akan ku pendamkan,
kasih ku hanya untukmu,
hati ini milikmu,
suntinglah daku menjadi suri mu,
penantian itu satu penyeksaan,
namun usaha dan tawakal tidak pernah putus,
kini,
penantianmu akan berakhir.
cik gadis ber'blouse' putih   =)          

Adam mencari-cari pemilik hatinya. Kini bahagia akan menjadi nyata. 
Adam dan Hannah jalan beriringan keluar dari pesawat. 
"Anna. I love you."
Hannah membalas dengan senyuman. Baginya, kata-kata sayang akan diluahkan apabila tiba waktunya. 
"Take a good care of me Dr. Adam." 
"I will Dr. Hannah. InsyaAllah. "

Kebahagiaan sekali lagi tercipta dalam hidup Hannah. Mudah-mudahan berkekalan.
Setiap sesuatu yang berlaku ade hikmahnya. 
=) =) =) =)
 

3 comments:

  1. :| sorry en.mfanb....
    n thanks 4 ur smiley.. :)

    ReplyDelete
  2. nice one....
    maybe boleh dikembangkan lagi jalan cerita ni..
    keep it up..

    ReplyDelete
  3. hehehe....mekasih afdhal...
    bole bt novel r camni... =)

    ReplyDelete