29 April 2011

Cinta Suci

"Mak tak nak paksa kamu Lia. Kalau kamu rasa dia yang terbaik, sarunglah cincin tu. Lagipun mak dan ayah kenal dia dari kamu kecik lagi. Tapi, kalau kamu dah ada pilihan hati, tak apalah. Mak sokong aje Lia." 

"Bagi Lia masa mak."

Lia bangun dari buaian dan berlalu keluar. Fikirannya pusing, hatinya tak menentu. Pantai Bukit Keluang menjadi destinasinya. Sungguh nyaman rasanya. Bukan dia tak suka Haykal, dia sayang Haykal tapi hanya sekadar sahabat. Haykal memang baik, berbudi, dan hormat orang tua. 

" Arghh. Apa lagi yang kau nak fikirkan lagi Lia, dia calon terbaik untuk hidupmu." getus Lia.

Dia merenung ombak yang tenang menghempas pantai. Di sinilah bermulanya perkenalan dia dengan Haykal 15 tahun yang lepas. Tapak permainan masih lagi utuh di sana. Riang berkejaran sambil diperhatikan kedua ibu mereka.


Haykal: "Lia. Kal suka kawan dengan Lia. Lia kawan pertama Kal kat sini. Terima kasih Lia Zara."
Lia: "Sama-sama Kal. Kite pun suka kawan dengan Kal."
Haykal:"Jom main air nak?"
Lia:"Jom."
Sedang mereka asyik bermain air.Tiba-tiba Lia terjatuh dan hampir lemas. Dia cuba panggil mak, tapi suaranya tersekat. Haykal yang menyedari kejadian itu, terus pegi menyelamatkan Lia. Digagahkan kudratnya yang mencecah usia 8tahun menyelamatkan Lia yang muda 2 tahun darinya.Lepas dari kejadian itu, Haykal menuturkan janji.
"Lepas ni, Kal janji akan selalu jaga Lia" air mata kecilnya jatuh ke bumi.

Mereka terus bersahabat hingga ke zaman universiti. Walaupun mereka terpisah tapi hubungan mereka tetap baik. Cinta Haykal hanya untuk Lia Zara, pemilik hatinya dari kecil.

Lia tersenyum mengingatkan kenangan antara mereka.


Seminggu kemudian, Lia dan Haykal berjanji untuk makan tengahari sama-sama di Restoran Bahtera.


"Kal. Lia p ladies jap ea."
"Okey dear." 
Haykal tersenyum manis. Lia berlalu dan kali dia nekad sambil tersenyum dalam hati. 
"Ya Allah, mudah-mudahan ini yang terbaik buatku." doa Lia.
Seketika kemudian Lia keluar menghampiri Haykal dengan cincin belah rotan tersarung di jari manisnya. Hati Haykal berbunga mengetahui Lia menerima cintanya.


"Terima kasih Lia."
"Sama-sama Kal. Lia harap inilah bukti kata-kata Kal 15 tahun yang lepas."
Haykal mengukir senyuman yang paling manis. Indahnya hidup bila bersama dengan orang yang disayangi.


Setelah 3 tahun menyulam kasih, mereka dikurniakan sepasang anak kembar yang diberi nama Iskandar dan Balqis. Hidup mereka sempurna kini. Ternyata Haykal amat menyayangi Lia dan menjaga Lia seperti mana yang dituturkan.Haykal berpegang pada kata-katanya.Namun, masa seolah mencemburui mereka, Haykal kembali bertemu Ilahi. Lia seolah hilang arah apabila kehilangan mata hatinya namun dikuatkan juga demi dua permata mereka. Lia redha. Seminggu selepas pemergian arwah, Lia terjumpa sepucuk surat dalam buku kegemaran Haykal.


"Assalamualaikum Sayangku Lia,

firstly, Abang nak Lia tahu,yang Lia lah cinta hati abang sejak awal perkenalan kita.
Kita bersahabat dan selalu bersama. Abang bersyukur dan bahagia dapat kenal dengan Lia.
Semasa kita terpisah kerana masing-masing mengejar impian dan cita, hati ini rindu kan Lia.
Tak sanggup berpisah dengan Lia, abang nekad lepas abang habis belajar, Lia akan abang sunting jadi suri hidup ini.
Abang tahu Lia terkejut dengan keputusan abang since kita tak pernah meluahkan cinta yang tercipta.
 Abang yakin Lia akan terima abang dan tengahari 8 May 2010 cukup indah bagi abang.
Terima kasih sayang.
Sepanjang kita bersama, abang cuba jaga Lia sebaik yang mungkin.
Abang tak nak cinta yang tersemi hanya sekadar di permulaan.
Abang terus menyemai cinta kita agar terus mekar mewangi.
Sayang...
Kehadiran Iskandar dan Balqis mencorakkan lagi cinta kita.
Terima kasih sayang kerana bermandi peluh melahirkan dorang demi abang.
Tapi abang tahu, abang takkan selamanya dapat jaga Lia.Abang cuba sediakan keperluan yang Lia perlukan di masa hadapan sebelum abang pergi mengadap Ilahi. 
Abang minta maaf kerana menyembunyikan penyakit abang. Abang tak berniat merahsiakannya tapi andai takdir terlebih dahulu menjemput diri ini, biarlah surat ini menjadi perantara antara kita.
Abang minta maaf atas kekurang abang membahagiakan Lia. Abang halalkan makan minum Lia.
Abang harap Lia redha dengan semua ini dan selalu mendoakan abang.
Sayang jaga diri elok-elok demi anak-anak kita ea.
Abang percaya sayang akan jaga dorang dan didik dorang dengan baik.
Salam sayang dari Mohammad Haykal yang selalu menyayangi mu Lia Zara.

Cintamu,
Haykal =)

Air mata Lia berguguran jatuh ke bumi. Dirinya rindukan kehangatan Haykal. 
"Abang. Lia maafkan abang. Lia rindukan abang."
Iskandar dan Balqis yang memerhatikan dari jauh, menghampiri ibunya dan memeluk erat.
"Ibu. Ibu rindu ayah ea. Qis dan abang Is pun rindukan ayah. Ayah pegi mana ibu?" Balqis.
Lia terus menangis sambil memeluk kedua anaknya.


"Lia akan jaga anak-anak kita dengan baik abang. Inilah amanat abang untuk Lia. Lia akan jaga seperti mana abang jaga Lia selama ini. Terima kasih abang atas cinta suci mu." Lia bermonolog.

2 comments: