Aturan hidup ini kadang penuh liku
Aku dihukum tanpa dasar yang kukuh
Apa yang telah aku lakukan
Sampai tegarnya kau memperlakukan aku sedemikian rupa
Aku dituduh bertubi-tubi
Tanpa difikirkan penjelasanku
Usahlah kau begitu mudah menghukum
Kelak kau yang akan merana
Kerana kau akan kehilangan sesuatu atas sifatmu itu
Cuma satu, apa pun yang terjadi
Tak mungkin aku lupakan kenangan antara kita
Kerana manis lagi banyak dari pahit
Sabar lagi indah dari melulu
Menang lawan emosi lagi lagi baik
Dari menang lawan egoistik
Maaf itu datang dengan banyak siratan tanggungan
No comments:
Post a Comment