24 November 2010

urmm...

Dahulu, aku mempunyai seorang kawan. Dia sangat baik, melayanku bagaikan seorang ayah melayan anaknya, bagai seorang abg melayan adiknya, dan sebagai seorang sahabat melayan sahabatnya. Dia akan ada untuk menasihatiku andai aku tersalah langkah. Dia selalu ada untuk membuat ku tersenyum. Indahnya sahabat, namun kenapa itu semua harus berubah? Kita bagaikan sudah tidak saling mengenali. Andai dapat aku undurkan masa, aku ingin kembali ke saat itu. Kembali ke saat indahnya persahabatan yang hanya maut dapat memisahkan. Kini, usia semakin dewasa, kawan datang dan pergi namun hanya sahabat yang kekal di sisi. Dahulu, di saat kita mula mengenali, bagaikan tidak dapat terpisah. Suka duka bersama. Jatuh bangun kita lalui bersama. Sangat indah saat itu. Dan sekali lagi, jika masa dapat diputar kembali, aku ingin kembali ke saat itu, ke saat pahit manis kehidupan kita di perantauan. Aku sangat merindui saat itu. Tapi aku tahu itu semua mustahil, aku hanya mampu berdoa agar hati kita akan selalu bersama walaupun jasad berjauhan. Sahabatku, aku minta maaf andai kehadiranku tidak dapat mencoretkan warna-warna indah dalam kehidupanmu. Aku minta maaf andai menyakitimu. Percayalah, aku tidak bermaksud begitu, aku ingin menjaga setiap persahabatan yang terjalin namun kelemahan dari diri aku sendiri. Aku minta maaf sahabatku semua...

~doremi, koja, mira, najmudin, fiqah, nazmi, teman2 PSSCM, aji, woen, teo, kamil, x-5sn-SMKTM2, kak yin, farah athirah, nabil, mila, ~
sayang kamu semua... =)

10 November 2010

Alia

Tujuh bulan sudah berlalu. Namun masih tiada khabar mengenai Imran. Rindu menjengah diri Alia.
"Assalamualaikum Alia." tegur Asma', sahabat baiknya dari zaman persekolahan.
"Waalaikumussalam. Eh, Asma'. Awak dari mana ni?"
"Saya dari library. Awak buat apa kat sini sorang2? Teringat kat buah hati ke?"
"Mengarut la awak ni. Saya tengah tunggu kawan tapi tak jugak nampak batang hidung. Nasib baik la jumpa awak, xdela bosan sangat."
"Kawan ke buah hati? (sambil tersenyum.) awak, saya tak boleh lama kat sini, saya ada kelas nanti. maaf ye awak."
"Kawan la awak. Em, okay, jumpa lagi. hati-hati awak."
Sekejap saja Asma' sudah hilang dari pandangan Alia. Dari dulu sampai sekarang xjugak berubah. Masih kepoh tapi tetap cun. Tiba-tiba telefon Alia berdering. Geram mula menguasai diri apabila melihat nama yang tertera di skrin.
"Assalamualaikum. eh, awak kat mane ni? jadi datang x? jenuh saya menunggu kat sini."
"waalaikumussalam buah hatiku. aih, janganlah marah awak, nanti cepat tua, xcun la nanti."
"Xkisah la cun ke xcun. awak kat mane ni?"
"tapi saya tetap sayang awak. hehe. saya kat depan awak."
Alia bangun dan menuju ke kereta yang di park in di hadapan dia.
"kita nak ke mana ni?"
"saya nak bawa awak pegi makan."
Alia menurut tanpa bantahan. di dalam kereta Alia hilang dalam alamnya sendiri. Is memandu dengan tenang sambil sesekali menjeling Alia di sebelahnya.
"awak suka pantai kan? Jom turun. Saya dah lapar ni."
"kenapa tiba-tiba awak bawa saya datang sini?"
"nothing. saja teringin nak makan kat pantai."
Mereka berdua beriringan masuk ke Restoran Seri Bayu. suasananya sangat indah di petang itu.
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nur Alia. Allah selamatkan kamu."
segera Alia berpaling ke belakang dan kawan-kawannya seramai 10 orang menanti Alia untuk meniup lilin di keknya.
"thanks guys. i'm totally forgot today is my birthday."
"Ko ni memang Alia, study sampai lupa birthday sendiri. kesian parents ko, penat dorang lahirkan ko." usik Ali. mereka meraikan Alia dan sesudah itu Is menghantar Alia pulang.
sampai di hadapan rumah Alia, Is menhulurkan kotak kecil berwarna hijau dan sejambak bunga lavender.
"Alia, ni untuk awak."
"Apa ni Is?"
"Saya nak awak jadi permaisuri hati saya. walaupun saya tahu hati awak bukan untuk saya, tapi saya tetap akan tunggu awak sehingga awak bagi saya peluang."
"Is. saya tetap akan tunggu Im. saya minta maaf."
"sampai bila Lia? dah 7 bulan tiada khabar mengenainya.kalau dia benar2 sayangkan awak, pasti dia hubungi awak.tapi ni tak, dia biarkan awak sorang2. saya tak sanggup tengok wanita yang saya sayang sedih. saya nak bahagiakan awak. tolong bagi saya peluang Alia. "
"em. bagi saya masa Is."
"take your time my dear. i'll wait 4 u."
alia berlalu tanpa melihat Is. air mata bercucuran mengenagkan nasib cintanya. mahukah dia memberi peluang kepada Is? atau terus menunggu Im yang langsung tiada khabar berita? hanya pada Allah dia berserah.
"
"

31 October 2010

Nasihat Imam Ali r.a...

"wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan. engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan."

=) =D =P

Andai itu yang membahagiakan kamu
aku turut bahagia wahai sahabatku
aku mendoakan yang terbaik buat kamu.
ingatlah, aku akan selalu ada untuk kamu
diri ini tidak akan berganjak
kerana persahabatan ini tinggi nilainya bagi ku
pilihan itu terletak padamu
selamilah hati mu
fahamilah diri mu
mungkin akan terbuka hijabnya
jika kau benar2 memahami
dan memberinya peluang mencari sejalur cahaya
yang akan menghiasi hidupmu..

27 October 2010

kelam dalam gelita,
terang dalam sinar,
awan dalam kabus,
kabur dalam terang,
tawa dalam gembira,
sendu dalam duka,
namun ada derita dalam bahagia,
ada jalan dalam kegelapan,
ada hikmah dalam bala,
ada nikmat dalam bencana,
ada cinta dalam benci,
ada kesetiaan dalam perselisihan,
ada persahabatan dalam kehidupan...

22 October 2010

welcome to my life~~

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just dont belong
And no one understand you.
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud,
that no one hears you screaming.

chorus: No you don't know what it's like
when nothing feels alright
you dont know what its like to be like me
to be hurt
to feel lost
to be left out  in the dark
to be kicked when you're down
to feel like you've been pushed around 
to be on the edge of breaking down
when no one's there to save you
no you dont know what it's like
welcome to my life

do you wanna be somebody else?
are you sick of feeling so left out?
are you desperate to find something more before your life is over?
are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
with the big fake smile and stupid lies
but deep inside you're bleeding
chorus
no one ever lies straight to your face
and no one ever stabbed you in the back
you might think i'm happy
but i'm not gonna be okay
everybody always gave you what you wanted
you never had to work it was always there
chorus..

17 October 2010

mimpi..

semalam aku mimpi pasal tanggungjawab dan amanah..
dalam mimpi tu, aku tengah xplain pasal amanah & tanggungjawab dengan amat serius..
bile pk balek, adakah aku pikul dan laksanakan dengan baek tanggungjawab itu?
adakah aku betol2 jaga amanah yg diberikan?
mungkin mimpi 2 nak sedarkan aku tentang 2 perkara tersebut..
supaya aku dapat lakukan apa yg terbaik dan perbaiki apa yg lemah..
mudah2an aku dpt berubah menjadi yg lebih baek...amiin..


2nd dream lak pasal mak pesan kat aku suh study betol2..
dia nak aku berjaya dunia dan akhirat..
hurmm...aku ase dua mimpi ni bukan mimpi yg sekadar mainan tido...

12 October 2010

~cerpen ringkas~

Apa itu cinta? Cinta hadir antara dua jiwa, kemudian makin berkembang perasaan cinta itu. Nikmat yang dikurnia Yang Maha Esa. Andai CINTA itu hadir, tiada siapa yang ingin melepaskannya, namun siapa yang mampu melawan takdir Dia. Cinta dalam kehidupan Alia hanya sekadar perasaan yang tak mampu diluahkan setelah dikecewakan oleh lelaki yang sangat bermakna dalam hidupnya. Cinta yang hadir setelah kekecewaan yang dialami, sangat dia hargai namun berwaspada andai cinta itu sekali lagi meninggalkannya. Dia hanya mampu berdoa supaya cintanya berkekalan kerana hatinya berjaya ditawan oleh lelaki yang membawa pelangi bersamanya. Cinta sejati yang didambakan, dan kesetiaan yang diberikan. Namun, cemburu tetap mengundang andai hati sudah menyatakan sayang. Kepercayaan dihulurkan, mudah-mudahan cinta itu berkekalan...

--> hanya sekadar cerita...mungkin akan bersambung... =)

10 October 2010

Up TilL T0d4y

recently, banyak perkara yg menceriakan berlaku.
i got a surprise birthday party from my friends..
ak sangat bersyukur kerana dpt kenal dgn dorang dlm hidup ak..
setiap saat, diri ini merantau ke setiap aspek kehidupan..
cuma ak yg xmenyedari..
n smlm yg latest, ak dan kehidupan ku merantau ke utara tanah air
kerana ukhuwwah yg dicari2..
sangat indah moments semalam..
xdapat diluahkan melalui kata2..
tp ak harap hari ini dan esok,
kita akan terus bersama melakar kejayaan dan bersatu dlm ukuwwah yg terjalin...
terima kasih semua... =)

22 September 2010

gambar.....

panorama..

si kembar ziyad & zuhail
 

style
sorg lg anak mak xde...mr diye..

m4k & 4yah...

mak, umi, ibu, cheq, mama, mummy,
semuanya membawa maksud yg sama...
besar pengorbanan seorang ibu..
tp kita kadang2 alpa dan xsedar akan semua 2..
yg kita tahu hanyalah diri sendiri...
tp bagi diri ini..
mak yg melahirkan dan membesarkan ak sangat mengerti diri ini..
nalurinya sangat tepat..
ak jarang bercerita dgn mak tp beliau tahu segalanya....
hebatnye seorang ibu hingga dpt mengagak hati kecil anaknye..
ya, ak seorang yg xpandai nk bercakap n meluahkan sayang ak padanya..
tp xbermaksud ak melupakan jasa beliau..
mak tetap ratu di hatiku..
ak mencuba yg terbaik utk membuat mak gembira dan tersenyum bangga akan diri ini..
ak ingin selalu meringankan beban mak..
ak sangat sygkan mak....
dan terima kasih mak sebab berikan sepenuh kepercayaan kt diri ini....


ayah, abah, abi, papa, baba
anakmu ini bangga berbintikan namamu di hujung namaku
seperti yg ayah pernah ckp dulu,
anakmu ini akan selalu ingat tentang tanggungjawab utk menjaga nama itu sehabis baik..
ayah selalu mendoakan yg terbaik utk ak..
xingin lihat ak dipermainkan
dan ingin melihat ak bahagia...
tp percayalah ayah, anakmu ini bahagia bile melihat ayah tersenyum keranaku
dan kalaw bukan keranaku pn, ak tetap bahagia...
terima kasih juga kerana mempercayai diri ini hingga membenarkan ak melakukan apapun dlm hidup ini asalkan ak tahu baik buruknye...
i love you both mak and ayah.....
meen nk yg terbaik utk mak dan ayah.....
rindu kamu~~

(ermm...agak emo post kali ni.....asal la jd camni ek....baru je balik....haishh....cobaan....)

13 September 2010

Raye 2010

first day of eid...dis year ktorg 5bradik pkai sedondon je kaler...
ladies pkai baju sama, n laki pn cmtu..
cm comel lak..hehe
walaupun aku da agak tua tp stil dpt duit raye..hehe..i likes..
2-3 ari ni ak n adik ak mmg sakan r jd baby sitter...
bkn slalu dpt maen ngn budak-budaks ni...
ade qistina, zuhail,ziyad,zahirul,ayyan,mustaqim,thabib, n ramai lg..
 oppss...ade jugak gmbr aku n aqeer t'selit kt ctu...hehe..ignore ye..
raya thn ni was realy nice...
tmbah pula dgn org baru dlm family ="abg ipar"
nex year, mudah2an ade org baru jgk...
hehe.."anak sedare sulung" yg dinanti2... =)

26 August 2010

perjalanan

setiap perjalanan bermula dgn satu langkah
diikuti dengan langkah seterusnya
sehingga sampai ke destinasi yg tiada penghujungnya
sepanjang perjalanan, mcm2 dialami
kawan datang dan pergi
silih berganti
namun, ada yg kekal di sisi
bersedia mengorak langkah bersama
mencapai impian yg satu
kini, hari demi hari,
bulan silih berganti
tahun kian berumur
baru ku sedari
sudah jauh perjalanan ini
dahulunya kami budak hingusan
sekarang pengalaman mematangkan kami
tanggungjawab menghantui diri
di persimpangan jalan
mana yg harus kami lalui
mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan kami..
amiin..

23 August 2010

window shopin'

sabtu lepas..ak,rumet, n mdm besar nk klua b'shoppin'...tup2, rumet nk g kl..ade reunion member2 lame dia...so, plan cancel or postpone..ak punye la kepuasan duk kt bilik...tp berjaya siapkn nota wlaupun lyn muvi..hehe
lepas zohor, mdm besar masuk bilik dgn muka toya.."hg nk klua x?.." ak da agak da klua ngn sape...mula2 xnk, sbb kcaw daun...tp bile pk balek, ikut jela..pasni kalw nk b'pecah, suke ati r... i dun mind 2 b alone...tup tap tup tap...jd gak ktorg klua...1st destination, p JJ ipoh...em motif utama ak klua, nk cari baju raya pok kidik n ikan keli...hehe....sampai JJ, p tngk tiket wyg dlu tp sume full.. ade 3d je..n mdm besar xnk tngk sbb mahal....
so, gerak ke surau, solat asar dlu..then shoppin....(mcm bnyk je beli brg...pdhal cket je...xde mood nk shoppin lak...huhu) ak seronok pilih baju budak2 ni...agak lame ak plih....last2 amik jela mane yg b'kenan....nk cari kmeja, xde yg cun....aissh..kedai punye la besar...xde 1 pun yg cun....hailaaa....
mdm besar lak skjap2 hilang..jenuh ak nk mencari...last2 ak biarkn jela...ak pn m'hilang...usha kedai2 kt luar JJ lak...tngk kasut....tp sebab mase xcukup, ak masuk MnG outlet je...dress dia nice2 n i LIKE damn much...tp bile tngk harga...xpela, tunggu ak keje, konpem ak dtg beli...hehe
mcm ak kate kt atas 2, desire nk b'shoppin xde lg....so, biarkn baju i2 berlalu....hehe
ak da pndai kwal nafsu shoppin skrg ekoran drpd habit yg suka b'window shoppin ketika poket low....hehe
enjoy sngt dpt jalan sorg2..n hepi...n u know wat, antara org yg bg ak semangat nk klua adalah en.pelangi...n ak xnk dia isaw, so i try 2 hang out wif frens n b happy...n i did it.....sume stress ilang...tenkiu 4 da day.... =)

15 August 2010

Seri..

ari ni da masuk 5 ramadhan..
esok 6 ramadhan bersamaan 16 ogos --> my big bro punye bday...yg ke 24..da tua da..hehe
tp bkn ni topik utama utk kali ni...
ari ni ak kesempatan iftar kt msjid dgn kwn baek ak..
mase nk trun tangga dr masjid belah pempuan, tetibe ak dgr ade org panggil nama ak..
"meen!! "..dan dia tersenyum...
ak tercari2 gerangannye..dan...ak da jmpe empunya suara itu...
kak zini, bekas mas'ulah LAKAD..
subhanallah, mukenye berseri je ak tengok...sejuk mata memandang...
cakap pn lemah lembut...
dia mmg baek..dan ak respect dia....
sebenarnye semasa tngh tunggu azan maghrib, ak ternampak kwn dia,kak ebi..yg sorg ni pun muka berseri2..
senyum memanjang..kelakar...n cun...dlm hati tertanya2 gak, "mane kak zini ek..xjumpe lg sem ni..camne la intern dia las sem.."..
tup2x..dpt gak jumpe lpas solat maghrib...
alhamdulillah...subhanallah...Dia Maha Mengetahui segala sesuatu...
ak baru t'detik kat hati..Dia da kabulkan permintaan ak.....alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah....
ak teringat kt tok wan kt kampung...tetibe je...rindu kot.... =)
agak2 bile la muke ak nak berseri cmtu ek...
harap2 akhirat kelak, muke ak berseri2...aaminnnn....

10 August 2010

Learning In Process...

LEARN TO FOCUS, YOU'LL FIND TRANQUILITY,
LEARN TO GIVE EFFORTS, YOU'LL FIND SATISFACTION,
LEARN TO ACCEPT, YOU'LL FIND HARMONY,
LEARN TO APPRECIATE, YOU'LL FIND VALUE,
LEARN TO LOVE, YOU'LL FIND THE GREATNESS OF LIFE..


~memandangkan tarikh hari ini lawa, sy update blog sy... ;) 
td ckp ngn mr aqeer..he miss me a lot and so do i..miss his voice..so nice..

07 August 2010

Paku dunia..

to nature lover,
it must be really hurt bile tngk pokok2 semakin berkurang.,
bukit bukau, gunung ganang ditoreh makin susut..
itu lah perasaan nature lover cm ak..yg xmampu bt ape2..cuma mampu melihat dan berdoa..
mereka bijak pandai tp bodoh dlm menilai ssuatu perkara..
hanya bijak mereka plan bangunan tinggi2, tp bodoh dlm menilai effects yg akan melanda..hurmm..
pokok2,bukit bukau pun ade perasaan..
diorg pun terasa sakit diperlakukan sebegitu..
ditebang, digondol.. diorg dirogol oleh mereka yg xbertanggungjwb..oleh mereka yg mementingkn hutan batu drpd hutan hijau..
andai kite dpt dgr stiap rintihan mereka, pasti kite xkan tergamak buat cmtu..
tp indahnye ciptaan tuhan.. DIA sembunyikan semua itu sbb ingin menilai or menguji kite,
inikah cara kite memimpin bumi sbg khalifah..adakah kite masih merujuk pd alquran dan hadis..
adakah kite masih rasional..masih waras..atau makin mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukn makhluk yg laen???....
dlm alquran ade mention pokok2,bukit bukau,gunung ganang adalah paku2 dunia..
kalaw semakin hari paku semakin berkurang, semakin banyak dicabut..
longgar lah struktur bumi ini..
sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu dgn sempurna dan cukup sifatnye..
jgnlah kite mengubah sesuatu yg bukan hak kite..

ak ingin melihat kehijauan alam 20-30 tahun akan dtg..
ak xingin mereka pupus ditelan zaman..
ak ingin generasi seterusnya dpt merasa ape yg ak rase
kehijauan alam yg tiada tandingan..
udara segar yg sangat nyaman..
indahnya alam ini..

03 August 2010

Warisan

di sini lahirnya sebuah cinta
yang murni abadi sejati
disini tersemai cita-cita
bercambah menjadi warisan
andai ku terbuang tak diterima
andai aku disingkirkan
kemana harusku bawakan
kemana harusku semaikan cinta ini
betapa
dibumi ini ku melangkah
ke utara selatan timur dan barat
ku jejaki
aku bukanlah seorang perwira
gagah menghunus senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri
demi cinta ini
ku ingin kotakan seribu janji
sepanjang kedewasaan ini
ku ingin sampaikan pesanan
aku lah penyambung warisan..

01 August 2010

growing up

days by days, i'm growing up.. this year, i'll become 20...
up til now, i've learned so much n yet there is many more i hav 2 learn n gain..
life is worthy if we know how to appreciate it..

26 July 2010

_rumah sakit_

em..baru seminggu lebih balek u..tp da ase rumah sakit.. sebelum ni xpenah lak ase camni..nape ek?..
hurmmm.....
i need to step forward..
n i must...
asal la kt u ni xde pantai yg dekat2 n best2..huhu
terase nak balek umah....
tp sem baru je start....
:( :|

13 July 2010

puzzle...

minggu lepas ak ade beli puzzle..konon2 nk isi mase lapang r...hehe
ak ade 2org pembantu.."ikan keli" n "pok kidik"...(adik2 ku a.k.a heroku)
susun punye susun..
upenye bkn mudah nk siapkn 1000pieces 2..huhu..
dlm proses nk dpt 1 gambar 2 mmg perlukn kesabaran yg tinggi..
ade2-3kali gak ak ase nk giv up bile smpai part yg susah..ak t'menung jap..
duk maen cebisan2 yg xdiketahui smbil peluk bantal busuk..
dlm hati ak bermonolog "baek ak tido je..lg best..huhu"
tp tangan ak mcm nk teruskan jgk mencari...
cari punye cari...alhamdulillah...berjaya jgk ak selesaikan part yg susah 2 satu demi satu...
senyuman mula terukir..puas...hehe
bila gmbr da siap terbentuk, kini part terakhir nk touch up b4 ia tergantung indah di kamar dindingku... :)
 ak susun puzzle comel 2 atas board yg ade glue..
ak cube kemaskan agar ia nmpk smooth..tp still xrata bile tngk dr dekat.. :(
tp bile tngk dr jauh, gambar 2 sangat indah...
seketika kemudian, ak terfikir..ptut r ade pepatah ckp hidup ni mcm puzzle...
satu demi satu perkara yg berlaku dlm hidup kite...
akan tersusun dgn sendirinye dan membentuk 1 gambaran indah mengenai kehidupan kite..

kite cume  perlu sabar dan hadapi dgn tenang..
kemudian merenungi stiap yg terjadi supaya kite dpt amek iktibar dan pengajaran di sebalik stiap kejadian..
walaupun kite hampir giv up dlm hidup ni,tp jgn skali kite giv up..
teruskan melangkah walaupun ape yg terjadi...
insyaAllah kite akan dpt tengok puzzle kehidupan kite as time goes by...
ciptaan Allah tersangat indah...
jgnlah kite hanye tahu mengeluh dan mengadu...
setiap yg terjadi adalah ketetapan yg Maha Esa utk kite..
yg pahit ade manisnye...
kalaw kite tahu menilai dan memaniskan yg pahit itu..hehe

panjang lak entry kali ni...hehe...

12 July 2010

2 tahun..

pada suatu hari, ak pi pantai dgn slh sorg kwn baek ak n 2org adiknye..
sampai je sane, ak terlihat seseorang yg sngt ak kenali..ak perhatikan dari jauh..
ak ingin menghampirinye tp ak gugup..
so,biarlah mata ini yg berbicara..
ak xsangka dalam mase 2 tahun, semuanya da berubah..dia da bahagia..
dgn org yg dicintainye..dan paling ak xsangke, dia da ade anak..congratz..hehe
 (macam jumpe kekasih lame je..haha..tp bkn itu yg sbenarnye... :) )

org yg ak mksudkn di atas ialah kak ct..dulu keje skali ngn ak..hehe
suami dia pn ak knal, abg jj.. dulu, ak suke tngk dorg..gado2 tp sweet..hehe
skrg da kawen n ada anak da..
moga bahagia ke anak cucu hendaknye.... :)

sebuah buku...

"Men are from mars, women are from Venus" by John Gray..
ak da penah dgr tajuk buku ni, tp xpnah t'detik nak beli buku ni..minat nk bace ade..
tp disebabkan satu hari yg agak special kot,(hehe..saje letak kot...) buku ni ak jejaki..hehe
i'm not sure buku ni camne, tp yg ak taw buku ni sngt bagus..buku ni dpt membantu kite lebih memahami kaum Adam n Hawa....



setakat ni saje post di bwh title nie..
selanjutnye sy huraikan lepas sy abih bace buku ni yep..
(tetibe lak gune sy...hehe)

03 July 2010

ceritera hati

setiap org mempunyai ceritera tersendiri, begitu juga diri ini..
ak ingin menghilang tatkala ia menyapa..
tp ak taw itu xmungkin kerana ia akan terus mengikuti ak..
ak kena cari jalan pulang..
menyelesaikan ape yg perlu..
itu tanggungjawab ak..
namun, ak belom punya kekuatan utk melakukannya..
ak sering tersungkur lemah, mengharapkan ketenangan dr Yang Esa..
ak perlu mencari jalan pulang..
ak harus..
dan diri ini perlu kuat..

19 June 2010

sekadar perkongsian...

10jun lpas ade kenduri kawen kt umah ak..n my close frens came ol da way from kerteh n kelantan juz 2 attend the wedding..(pdhal akak ak yg kawen..tp ak lak yg b'iye2..hehe..) slh sorg kwn ak ckp "meen,2x je ak sampai sini, akak ko nye wedding n ko punye nti.." hehe..thanx kawan2..
        em,nk dijadikan cerita, my mum cari homstay utk ktorg..ak duk ngn dorg r, dkat je ngn my house..mula2 masuk umah 2, ase cam umah terbiar..(mmg t'biar pn umah 2..huhu) walaupn ade perabot sume tp, satu yg kurg dlm umah 2... jiwa yg xde..huhu..ase cm kosong..walaupun ktorg 5org sbg penyeri umah 2 utk 2 ari..cam borink...bile balek umah ak baru terase hidup.. :)
       begitulah jugak dgn fitrah kehidupan kite..insan yg tiada jiwa akan terasa kekosongan, n sebaliknye..(btol x?..) kite akan ase tenang n hepi bile b'kwn dgn org yg ade jiwa ni kn..(ape la yg ak duk merapu ni...mamai lg kot..hehe) cerminlah diri dulu sama ada kite ade jiwa x supaya kite bole buat diri sndiri n org laen terase hidup.. :)
        nk mewujudkan jiwa, fahamilah dulu apa itu jiwa...dekatkan diri dgn Pencipta kite Yang Esa..renungkan dan dalami kenape Dia ciptakan kite..insyaAllah kite akan menemui apa yg dicari... :)

22 May 2010

Pelangi

pernahkah kita terfikir bagaimana pelangi terhasil??..
(bg org2 yg suke b'fikir, mmg akan terfikir..tp bg diri ak, kdg2 je terase nak xplore kjadian alam ni..huhu)
kalo ikutkan teori sains,
(Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.)

bermula dgn cahaya + titik air  + biasan----> warna2 pelangi yg sngt cantik..
subhanallah..
ak terkaitkan pulak dgn kehidupan kita..
kita hanyalah insan biasa, melalui satu proses iaitu kehidupan, hasilnye kite sendiri yg menilai adakah warna2 pelangi yg indah terbentuk atau sebaliknye....

kadangkala Allah hilangkan mentari,
Kemudian Dia datangkan ribut petir,
Kita mengeluh dan tertanya2 di mana sinarnya,
Rupanya Allah nak bagi kita pelangi.... =)

~ thanx to you ~ 
~ menghadirkan pelangi dalam hati ini ~

14 May 2010

be strong...

akhir2 ni tido ku selalu ditemani mimpi yg membuatkn ak homesick...
mimpikan atuk ku yg tersyg, mak,ayah, adik2, sampaikn my sweet home pn t'masuk sekali....
adakah mimpi itu menjelma tika aku t'lupa akan mereka?
adakah mimpi itu ingin menyedarkan ak tentang mereka?
sungguh ak rindu akan mereka..
sorg demi sorg mula terbayang di fikiranku..
anak2 kecil yg slalu menemaniku
ali,aqeer,sha,thabib,mustaqim,qistina,amni,yaya,baby,tirah,tiqah,ct,khalis,sarah,aleesya, afnan, irshad, luqman, dik nur,...
kak meen @ kak mimie rindu kamu semua........... =(

meen rindu masakan mak, rindu nak tengok ayah senyum, rindu nak bercerita ngan long, abang, ima, sha, ali n aqeer...
rindu nak g pantai..
rindu nk klua jalan2 ngn to'ki..rindu nak teman kie g hospital..
rindu nak makan same2....
gelak same2..
walaupun meen selalu senyap, tp meen rindu saat dgn kamu semua.......

~hargailah ape yg ada tika ini, kelak kamu akan menyesalinye bile ia tiada...dekatkan mane yg jauh, baiki mana yg perlu, sayangi mereka yg menyayangi kite, jangan biarkan benci menular dalam hati, jagalah hati, mudah-mudahan bahagia hidup dunia dan akhirat..ameen..~

11 May 2010

Sahabat

Aku tak ingin dikenali,
Aku tak ingin disanjung,
Aku tak ingin kemewahan dunia,
Aku cuma ingin senyuman,
Dari seorang sahabat,
Supaya aku kembali bersemangat
Tika keletihan menjengah kehidupanku,
Supaya aku terus melangkah
dengan senyuman kecekalan,
Supaya aku mampu merasakan
semuanya mudah,
Supaya aku teus berdiri hingga ke akhirnya.  

03 May 2010

Kekuatan Cinta

"Jika tepat masa,ketika,
keadaan dan SIAPA, cinta
adalah kuasa luar biasa
yang tiada bandingannya"


-Ustaz Pahrol Mohd Juoi,
penulis buku "Tentang Cinta"

28 April 2010

st3p 4ward...

Once i decided to step forward,
I really mean it,
I'll not turn back,

I'll leave everything behind,
I'll not be the same me anymore,
But I'll will miss the old me...

21 April 2010

memori...

da lame x update blog ni..huhu.. bukan ape, idea dtg bkn nye slalu..
em nyway, banyak kenangan yg tercipta dalam masa2 yg telah berlalu.
ade sorg abg ni yg penah pesan kt aku, "apa pun yg terjadi, jgn lari coz nanti hang akan hadapi jugak benda 2. daripada hang lari n semput, baek hang jalan n hadapi benda 2 dgn tenang.." lbih kurang cmtu r maksud ayat dia..btol gak ckp abg 2.. lepas pada 2, aku hadapi setiap perkara yg mendatang dgn lebih terbuka n rileks. xde lari2 da..huhu
hidup di perantauan, kalo xde keluarga mmg susah nk survive. aku beruntung sbb ditemukan keluarga yg sngt ramai n caring. dlm hidup aku, mmg xpenah lg rasa camni. dorg akan bantu setakat mana yg mampu bila diri ini ada masalah. nak cite pengalaman cket, ade gak suatu ketika 2, aku ase cm btol2 xley wat benda 2. da try banyak kali tp stil xley til perasaan ini ase sangat2 down n murahnye air mata ku bile sorg akak ni dtg n peluk aku. bg kata2 semangat n nasihat.. huhu.. time kaseh kamu semua..
harapnye hubungan yg terjalin berkekalan hingga ke akhirnye..
perjuangan ini makin bererti dengan kehadiran kalian..


~...~
Diri ini sukar dimengerti
aku mampu untuk berdiri
mengejar impianku, namun
terkadang aku jatuh jua
di kala hujan meruntun jiwa
malam mengusik kalbu
aku tertanya
sejauh mana aku mampu meneruskan perjuangan ini?
aku merasa tak mampu
tapi kakiku tetap melangkah ke hadapan
meniti hari-hari yang mendatang
pegangan hati yang kukuh ku cari
sedikit2 aku semakin menghampirinya
matlamat hidupku kian jelas
aku mencari sinar yang hakiki
tuk menerangi setiap jalan yg ku lalui..



15 February 2010

c3rit3r4 h4t1 ku.....

semua ini
aku mahu tamatkan
perasaan itu membuatku menderita
lepaskanku jalan terbaik untuk kamu
biarlah aku pergi
membawa perasaan ini
bersama-sama sepanjang kehidupanku
hadirmu sangat bermakna dalam hidupku
biarlah di sini akhir rasa ini
perasaan ini milik aku dan kamu
selamanya..
~ri53n~