03 November 2012


15 May 2012
15052012 berlegar2 di fikiran. Kepulanganku ke kampong halaman begitu dinantikan setelah dua bulan berhempas pulas di UTP. Pukul 11 pagi aku dan keluarga bertolak pulang dari Tronoh setelah menyelesaikan beberapa urusan. Aku terharu pabila ayah dan mak aku beria nak datang sebab risaukan aku drive sorang2 dari UTP ke Besut. Aku perlu bersabar untuk beberapa jam lagi. Aku benar2 rindukan Besut, toki & pantai. Kami berhenti makan di KFC Gerik pada pukul 1330. Seterusnya di Puncak Titiwangsa utk menunaikan solat fardhu pd pkul 1515. Toki call selepas kami selesai solat. As usual, he will call us menanyakan keberadaan kitorang. Oh rindunya kat toki. Honestly, ada satu perasaan aneh yang begitu halus melintasi hatiku. Aku tak mengerti apakah ia. Seterusnya, we had our dinner at Machang 1730. We arrived home at 1915. Alhamdu lillah selamat sampai. =)

16 May 2012

Paginya aku mengemas rumah. Petangnya aku ingin ke pantai, namun ku batalkan kerana cuaca mendung & aku tlg mak kat dapur. Toki datang makan dan malamnya sepupuku, Kak Ti datang melawat memandangkan dah lama kami xberjumpa. Kemudian aku dan mak menuju ke Jertih untuk mencari hadiah for her boss.

17 may 2012

Pagi-pagi lagi aku hantar adik-adikku ke sekolah. Itulah rutin ku pabila cuti. Ayah ke KL lagi. Kemudian aku balik sambung tido for a while before I went to Jertih. Withdraw some money and did some shopping at Supermas. Then, fetch up my sissy n bros from school. Petangnya, aku mencuri sedikit masa untuk ke pantai walaupun mak bagi amaran hari nak hujan. Tiba di sana, segala rasa di hatiku bagaikan terluah, nyamannya terasa. Subhanallah indahnya ciptaan Mu. Hampir 15 minit aku menghayati keadaan sekelilingku, aku bergerak pulang walaupun berat sekali langkah ini. Pukul 1910, toki call minta aku belikan dia nasi air. Then, mak ajak toki datang makan kat rumah. So, aku pun pergi amik toki di rumahnya. Aku sampai je, toki tengah duk bersantai di tangga rumahnya. Sekali lagi perasaan itu menerpa. Begitu tenang sekali raut wajahnya, bagaikan mengerti masanya kian hampir dan dia menikmati setiap saat yang dia ada. Ketika itu, aku masih lagi tak mengerti. Dalam kete, toki cakap ima guna kete dia gi KB lepas asar tadi. (hurm. Agaknya kalau aku xbalik Besut lagi, kat siapa toki nak minta belikan makanan ea) Aku turut sekali makan dengan toki. Toki habis dulu dari aku then toki minta kunci kete dari aku.

“Mari ki guna dulu la kete. Esok tunggu ki kul 7.30 pagi, nak gi makan nasi ayam bakar.”

Yuhuu! Aku ada date dengan toki pagi esok. Hee. Malamnya aku pun try tido awal, risau tak terbangun pagi esok. Maklumla, dah terbiasa stay up malam tido pagi. Huhu

18 May 2012

Nasib baik aku bangun awal jugak. Bersiap-siap dan kejutkan Sha. Tepat jam 7.30 pagi toki sampai kat gate rumah. That’s him, very punctual. =) Indahnya pagi tu, Subhanallah. Sebelum ini, aku selalu terlepas pemandangan pagi hari. Syahdu je suasananya. Toki bawak kitorg gi makan kat Pengkalan Nyireh. Ramai jugak orang kat kedai tu. Disebabkan toki, ni first time kot aku breakfast seawal 7.45 pagi dengan nasi sepinggan yang agak penuh. Fuh, kenyang, tak larat den nak habiskan. Aku tengok toki begitu berselera sekali. Jarang aku tengok toki berselera camtu. Sedangkan selalu dinner kat rumah, toki nak sikit je nasi. Another hint that I missed. Selesai makan, toki minta aku hantar dia pi tempat keje dia. Kemudian aku dan sha melencong ke pantai, amik angin segar. Kami duduk tak lama pun, pastu balik rumah. Sampai rumah, aku sambung tido. Hee. Dalam pukul 10 lebih camtu, toki datang rumah, aku cepat2 la bangun dari tido. Tetibe segan. Huhu. Toki minum jap, pastu gi keje semula. Penatnya toki. Hari ni lauk ketam as lunch tp toki tak lunch kat rumah. Dia ada sembahyang hajat/ tahlil kat mane entah.

Petang tu toki datang rumah dengan kete institut memandu. Kemudian, dia minta aku p amik dia kat tempat keje. Dia naik je kete, dia letak nasi kunyit, yasin dalam dashboard. Dia susun satu2. Aku perhatikan je. Perasaan itu datang lagi. Tapi aku cepat2 usir sebab aku xnak pk bukan2. Aku hantar dia balik. Dekat2 nak maghrib, dia call suh p amik dia kat rumah, ima xbalik2 lagi. Sampai je kat rumah dia, aku tengok toki berjalan dari tepi rumah dia. Aku pelik la toki dari mana tp xnak pk lebih2 la. Rupanya masa dia dah dekat sangat. Toki naik je kete, dia cakap pasal ima sume. Erm, mungkin dia risau. Mungkin jugak dia nak jumpa cucu2 dia before dia pergi jauh. Kitorg sembang2, toki Tanya cane exam hari tu, aku jawabla ade yang bole jawab, ade yang susah. Dalam hati, I’m touched =( he used to be like that. Always care. Toki Tanya aku start praktikal bila? Bila habis belajar? Sabarlah ki, meen nak sangat buat ki bangga dengan cucu ki sorang ni. Meen nak belanja ki makan sedap2 bila meen dapat first elaun praktikal nanti. Namun, siapa sangka aku tak sempat nak berbuat demikian. Another hint he gave me that he don’t have more time for that. Lepas aku hidang nasi kat toki, aku p solat jap. Lepas ni nak hantar toki balik lak. Selesai je aku solat, terjengul toki kat pintu bilik. Dia minta kunci kete. Mungkin dia serba salah kat aku. Tapi aku tak kesah pun. I enjoyed doing that.

19 May 2012

Aku bangun awal jugak pagi ni. Aku kemas rumah, tolong mak masak. Tetiba rajin lak. Hee. Toki datang umah dalam kul 9-10 pagi camtu la dengan DAQ. Then minta aku hantar dia p keje. Dalam perjalanan, dia tanya Mimi jemput tak dia kawen 31 ni? Seriously aku baru terfikir nak tanya ki pasal tu pagi tu jugak, before ki datang rumah. Tup2 toki dah tanya. Bluetooth kuat sangat kot. =) I miss him…

Toki datang rumah pukul 12 camtu kot. Dari riak mukanya, aku tau ada sesuatu yang tak kena. Kemudian aku terdengar toki mengadu kat mak yang perutnya sakit sangat. Then toki nak makan nasi tapi nasi tak masak lagi. Mak pelawa makan ketupat sotong, his favourite, tapi toki tak nak. Mak hairan, toki tak pernah menolak ketupat sotong. His favourite, lebih2 lagi mak yang masak. Aku risau. Perasaan tu datang lagi and a bit clear than before. Tapi aku nafikan sebab it’s not the time. =(

Mak ajak ki gi hospital. Then toki suh aku p amik dia kat ofis, dia nak pulangkan kete. 2-3 kali jugak dia pesan kat aku suh p amik sekarang. Aku pun kelam kabut dah.

Sesekali dalam kete, toki mengaduh kecil, menahan kesakitan. Itulah toki, cuba menyembunyikan rasa sakit, sedih dan cover dengan riak selamba dan jenaka dia. I wish I could be like him. Sampai rumah, toki suh hidangkan nasi. Toki makan 2-3 suap je. Dia cakap dah tak tahan sangat dah. Dia suh mak cepat sikit. Aku perasan jugak tadi, toki call sume anak2 dia. Aku tak nak fikir lebih2 sebab aku risau. Aku tak nak kehilangan ki. I’m not ready yet & it’s just not the time. I need him to face this challenging life. Who am I to say that? Hidup mati seseorang semuanya telah ditetapkan. Tak dapat diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat. Aku dan mak bersiap sesegera yang mungkin. Pegi dengan DAQ, mak yang drive. Aku xkuat nak drive, sebab jauh di sudut hatiku, aku risaukan toki. I know, mak lagi la risau becoz he’s her dad.

Before p hospital, singgah umah ki jap. Dia nak amik barang. Aku teman ki masuk dalam rumah. Aku ikut je ki. Dia amik beg dia yang dah ade baju kat dalam. Dia dah standby in case of any emergency. Dia amik ubat. Then pesan sesuatu kat aku, berkaitan harta dia. Macam amanahkan. Tak ku sangka lepas toki pergi, apa yang dia pesan n org lain xtau menjadi kecoh sikit. I thought a day after he gone baru la pk sume tu. =( kemudian kitorang klua, dah dekat tangga depan rumah, pastu toki patah balik. Aku ikut lagi. Risau jugak. Ingatkan toki nak amik barang lagi, tp tak. Aku pelik, risau, sedih, cuak. Dia mundar mandir dalam rumah. Dia perhatikan sekeliling dalam rumah. Pastu turun. Kalw xsilap, 3 kali dia klua masuk rumah. Perasaan itu makin kuat. Oh my, I need some strength to face all this. Mak cik aku cakap, biasenye b4 org tu nak pegi jauh, dia akan tengok sekeliling kwsn umah dia.

Toki rebahkan seat depan, bersandar kejap pastu angkat kepala. Toki kelihatan gelisah & tak senang duduk. Kesakitannya tak tertanggung lagi. Aku hanya memerhatikan tingkah toki dan hulurkan bantal kat Sha & dia sorongkan kat bawah kepala ki. Sungguh aku tak tau apa yang harus aku lakukan. =(

Sampai je depan emergency room, aku bergegas turun & daftar ki. Di ruangan menunggu, toki duduk di depanku & mak. Sesekali toki mengerling ke belakang. Kemudian toki bangun nak p toilet. Sha temankan. Duduk kejap then toki pegi kat kaunter n cakap dah tak tahan sangat dah. Akhirnya dia benarkan masuk. Aku kecewa dengan servis yang diberikan. Mau je saman mereka semua!!!!! Toki & mak masuk dulu. Sesekali mak klua. Ya Allah, mudah-mudahan toki ok je. Kemudian mak suh aku p bayar bil telefon dia, susah nak contact sape2. Balik je dari bayar bil, ayah su & ayah teh dah sampai. Once again, mak minta aku p kedai beli gula2 & air untuk ki sbb blood pressure ki low. Aku beli Cadbury n air milo. Toki minum separuh je. Then mak cakap toki kena hantar p USM, dorang bincang2, n aku yang akan teman ki naik ambulans. Aku isi form sume. 2-3 minit lepas tu, mak & ayah su balik. Tinggal la aku dengan ayah teh je. Selang 5-6 minit lepas dorang balik, satu pengumuman kedengaran “ Diminta waris Ismail B Muda masuk”. Aku dan ayah teh bergegas masuk. Aku terkedu melihat petugas kelam kabut menarik tirai dan memasang alat pernafasan. Aku sempat melihat wajah ki sebelum tirai memisahkan kami. Aku keseorangan. Ayah teh di sebelah ki,berpaling ke arah ku dan meminta aku call mak & ayah su suh patah balik. Kelihatan air mata bergenang di bibir mata ayah teh. Be strong Shameen!! Toki will be ok. He’ll be okay!

Aku klua n call mak. Aku kelu.

“Mak, datang hospital semula. Toki kritikal. Mak call ayah su.” Line putus.

Aku tak mampu. Aku tak nak air mata ni jatuh. Please be strong Shameen. Aku cuba sembunyikan kesedihanku. Mak terus masuk dalam, aku dgn sha kat luar. Kemudian mak klua minta aku call Cik We, Long, Kak Long, n sume yang aku nak. Sha yang call n sha dah nangis2. No! you can’t cry Meen, toki ada lagi kat dalam. He’ll be okay. Aku call Cik Alang. Aku cuba kawal suara semampu yang boleh.

“Cik Alang, ki kritikal skrg.” Kedengaran Cik Alang dah lemah di sana. Aku? Aku sebak. Namun aku cuba lagi. Tak lama lepas tu, mak su sampai. Aku jaga anak2 dia yang masih kecil di luar. Sha dah menangis2. After awhile, mak klua n minta surah yasin. Aku pergi ambil dalam kete. Sebak sekali lagi. Rasa nak menjerit bagi semua orang tau yang surah yasiin tu toki yang letak dalam kete DAQ dan sekarang dirasmikan untuk ki sendiri. Buku yasiin tu dari majlis tahlil kawan baik ki. Another hint yg menunjukkan ki akan ikut kwn baik dia pergi. Aku bagaikan anak kecil yang terkapai2 meminta pertolongan. I need a shoulder, I need a hug untuk lepaskan kesedihan yang terbuku ini. Namun, luarannya aku berpura-pura kuat. Tak setitis pun air mata yang mengalir. Oh hipokritnya kau Shameen Aida. Toki kau sedang kesakitan di dalam dan kau???? Kau seolah-olah tiada perasaan. Tersenyum melawan karenah budak-budak.

Saat-saat yang cuba dihindarkan tiba jua. Aku diberi peluang untuk masuk ke dalam. Sesaat aku melihat toki yang tak terdaya dengan alat pernafasan, sesaat itu jugak air mata ini bergenang. Dalam hati ini merintih, “ Ki, jgn buat meen camni. Bukalah mata ki. Bangunla ki. Sihat la semula ki. Meen datang ni ki. Bangun la ki.” Aku tak mampu meluahkannya. Aku tak dapat tahan lagi air mata ini. Aku klua. Makin ramai yang datang melawat ki. Dalam pukul 6.30pm aku p surau, solat asar. Di sujud terakhir, sekali lagi sebak melanda diri. Dalam doaku,

“ Ya Allah, Kau Maha Mengetahui segalanya. Jika inilah yang terbaik untuk ki, maka Kau ambillah nyawanya. Aku xsanggup lihat toki terseksa kesakitan. Jika toki masih lagi ada peluang untuk sembuh, maka Kau sembuhkanlah dia. Aku mohon yang terbaik dari Mu Ya Allah.”


Kejamkah aku berdoa camtu? Aku tak sanggup lihat toki camtu. Berselirat dengan wayar, mengharapkan bantuan alat pernafasan. Menderita hatiku melihatnya. Pedih.

Tak lama lepas tu, aku dengar berita toki dah tak dapat diselamatkan. Salur darah utama ke buah pinggang pecah, dah xde peluang nak sembuh. Doc decided to pull away alat pernafasan. Oh my, betol ke toki dah xde? Is it real? Someone please explain to me! Mau je aku lari dan halang nurse dari cabut alat pernafasan dari mulut ki. Tapi langkahku kaku pabila melihat satu-satu wayar dipisahkan dari tubuh ki. Luluhnya hati. I really need someone who didn’t ask much but remain silence n be by my side n comfort me. Aku xleh nak peluk mak sebab mak dah cukup sedih dan nak uruskan banyak hal. Aku xleh nak peluk adik2 sebab aku kena kuat sbg kakak. Aku cuba tenangkan diri aku sendiri. Kitorg dibenarkan melihat ki. Air mata ni jatuh jua mellihat ki terbujur kaku dengan dilitup kain putih. Aku tak dapat menahan sebak. Sekelip mata semua ni terjadi. Kemudian wan sampai, aku salam dia dan dia peluk aku. Time tu memang aku tak dapat nak tahan. Aku menangis sampai tersedu-sedu. Kemudian, aku meneruskan bacaan tahlilku utk ki.

YOU’RE MY MAN… YOU’RE MY HERO… YOU’RE MY GREATEST SUPPORT… YOU’RE MY SPIRIT…

WITHOUT YOU, I CAN’T BE  WHAT I AM NOW… I CAN’T ACHIEVE WHAT I HAD NOW… I LOVE YOU SO MUCH KI…
Al-Fatihah~

17 October 2012

Sewaktu aku kecik2 dulu, aku susah nak dapat apa yg aku inginkan. Aku selalu mengalah untuk adik2. Aku xbole tgk muka mak ayah aku susah dan sedih, sebab tu aku mengalah dan diam. Hanya memerhati dan memendam tanpa bantahan. Memberontak dgn cara aku. Namun, aku tetapkan dalam hati, apa pun yang aku nak, aku kena usaha sendiri. Aku akan kumpul duit belanja harian aku, kadang2 aku xmakan waktu rehat ataupun makan roti 50 sen tu je. Aku enjoy cara aku, keluar waktu sekolah tp aku xlupa bagitaw kat mak ayah aku. Aku cuba terima keadaan family aku seadanya. Tekad aku, aku nak belajar betol2 dan buat mak ayah aku happy. Alhamdu lillah, dalam peperiksaan PMR dan SPM aku berjaya bt dorang tersenyum bangga. Kini, apa yang aku pinta, senang sekali mak dan ayah tunaikan. Mungkin aku berjaya mendapatkan kepercayaan mereka bahawa aku tak akan menyusahkan dorang. Aku berfikir sejenak..... 

Mampukah aku untuk terus mengukirkan senyuman di wajah kedua mak dan ayah aku??

Tahun depan aku bakal menamatkan pengajian degree ku di UTP. Mampukah aku memperoleh keputusan yg cemerlang? Aku akan usahakan yg terbaik utk mu mak dan ayah. Aku ingin sekali membalas kedua jasa mu.

Terima Kasih Mak dan Ayah!!

I Love You Very Much!!

Sekian!

22 September 2012

Instinct

Sejak kebelakangan ini,
Apa yg aku inginkan,
Apa yg aku rasa,
Apa yg aku fikir,
Semuanya seakan orang di sekelilingku mengerti..

1. Aku teringin nk minum air sirap n plan nk beli.. A few seconds later, akak aku mtk tlg abg ipar belikan sirap..oh my..terkejut aku..baru je terpk...papepun, Alhamdu lillah..hee =)

2. Aku plan nk g daki bukit bauk yg dekat dungun..mmg nk ajak la afdhal faizzen nazrin sume ni..pastu tup2 dpt msj dr faizzen..dia ajk p bkt bauk dgn housmate dia..aku pun apa lg, setuju la..dh mmg tu yg aku plan..hehe.. Alhamdu lillah.. =)

3. Aku tengah sembang dgn kwn satu tmpat intern..duk sembang2,tibe2 satu persoalan dlm fikiran aku..aku mls nk utarakan..tp..tup2 dia guess tnye cmtu...hurmm...~aku lupe ape yg disembangkan..huhu..

erm..it's quite weird..but..it's such a pleasure.. Hopefully, my great plan dipermudahkan dan kami dikurniakan kesabaran dlm menghadapi kehidupan yg penuh liku ini...amiin..

Adakah ini kebetulan?..
Namun aku pasti, semua ini anugerah dr Tuhan yg Esa..

Rindu...
Mungkin aku terlalu rindukan beliau?...
Dan rindu ku terbalas?..

Semalam arwah atuk muncul dlm mimpi aku.
Aku xmengerti apa maksud mimpi itu...it's just a dream..
Tp..aku yakin arwah pun rindukan aku.. Bole kah aku berperasaan sedemikian??..

Alfatihah utk Almarhum Hj Ismail B Muda..

Terasa mcm semalam beliau tinggalkan aku. Aku bersyukur aku masih diberi peluang utk bersamanya di saat-saat akhir..

ooh..air mata ini menitis lagi..sampai bila ia akan menitis,aku xpasti..Biarlah masa dan kenangan mengubat rindu ini..

05 September 2012

Salam Syawal kalian semua... (bajet mcm ramai je yg update blog ni..hehe)

First of all, aku nk memanjatkan rasa syukur teramat ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang, kekuatan dan kesihatan yg baik dlm mengharungi Ramadhan dan menyambut Syawal bersama keluarga tercinta.. <3 p="p">

Milestone of Syawal:
   ~ Syawal 2010 : New family member -> abg ipar sulong
   ~ Syawal 2011 : New family member -> Noah Haris, anak sedara sulong (aku dh jadi auntie..waa..terasa tua..tp..xpun..hehe)
   ~ Syawal 2012: Noah Haris dah besar..Kecoh satu rumah sbb dia...hee (tp..arwah toki tiada di sisi =( )
   ~ Syawal 2013: Beraya as final year student... So, xleh nk beraya sangat -_-"
   ~ Syawal 2014: Beraya as wifey to my hubby...hik3..(berangan xhabes2..hee)

Mudah2an aku masih lg diberi kesempatan Ya Rabbi.. <3 div="div">

-will be continued..~

13 August 2012

Dalam Hati Siapa yg Tahu

Dalam Hati Siapa Yang Tahu.

Siapa tahu orang yang tersenyum riang dikalayak ramai namun kadangkala menangis ketika sendirian, sentiasa bersemangat hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan kuat namun hakikatnya mengaku lemah. Ketawa hakikatnya untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, diri dia mempunyai masalah. Dia sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau hakikatnya dia sentiasa pendam rasa. Dia sering terasa namun hanya megkuntumkan senyuman. Siapa tahu dia punya masalah besar.

Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Sering dia mengadu masalah dia pada sang pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan dia tiba-tiba menangis tanpa sedar. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam. Itu adalah yang terbaik bagi dia.

Siapa sahaja yang mahu mendengar masalahmu?
Tiada siapa.
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu.
Kerana dia sentiasa bersama kamu
setiap masa tanpa sedetikpun kerdipan mata.
Karena sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pendengar.

p/s : Seandai ada di antara kita, merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama² merenungkan ayat ini..

"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)

26 June 2012

24 April 2012

something happened to my heart~

2 years back, at the same place but with different winds and feeling.
Di sinilah aku dan dia berbual mesra sambil ditemani adikku. Desiran ombak dan angin bayu memainkan irama indah. Aku dan dia sudah 12 tahun berkenalan, berkawan baik sehinggakan ada yang menyalah tafsir hubungan kami. Aku akui, dialah lelaki yang paling aku selesa bersama namun untuk betul2 bersama tidak pernah terlintas di fikiranku. Ya, dia memang melayanku bagaikan seorang yang rapat dalam hidupnya, melindungiku bagaikan seorang abang dan menjagaku bagaikan seorang ayah. Saat itu, hati kita ada rasa sesuatu. Namun, kita memilih untuk memendamkan demi sebuah persahabatan antara kau, aku dan dia. Dalam pada masa yang sama, aku telah melukakan hati seorang Adam yang setia menantiku. Argh, tegarnya aku mempermainkan perasaan orang lain. Sungguh aku tak bermaksud, hati ini cuba untuk menerima dirimu wahai seorang Adam. Namun, ada sesuatu yang meyakinkan aku untuk melepaskan kau pergi mencari kebahagiaan yang sebetolnya milikmu. Aku bukan sebahagian tulang rusukmu. Ku akui, sukar bagimu untuk melupakanku. Banyak yang telah kau lakukan untukku. Dan aku persiakan begitu saja. Hanya ungkapan maaf mampu ku ucapkan untukmu seorang Adam. 

Sedang seorang Adam berusaha untuk melupakan seorang Balqis, seorang Yusuf selalu berada di sisi walaupun kehadirannya hanya sebagai seorang sahabat. Namun, takdir menentukan persahabatan kita tak akan indah selamanya. Hari demi hari berlalu, kau dan aku bagaikan makin jauh. Kau memilih dia dan melukakan aku. Sekarang aku faham apa itu hukum karma. Aku dapat balik apa yang aku lakukan. Kini aku rasa pedihnya, mungkin inilah yang Adam rasa. Sekali lagi, maafkan aku Adam. Untukmu Yusuf, cukuplah kau berada di hatiku selama ini hingga kau memilih untuk keluar dari hatiku. Persahabatan kita kian dilupakan. Kadang-kadang aku terfikir, alangkah indahnya jika masa dapat diundur kembali. Aku ingin bersama kau dan dia, bergelak ketawa bersama-sama. Namun, aku tahu Allah sebaik-sebaik perancang. Dia aturkan aku melalui jalan ini, bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan pemilik tulang rusukku yang sebenar. Supaya aku lebih menghargai insan itu.

Kini, seorang Adam dan Yusuf hanyalah kisah laluku. Aku semadikan kisah kita jauh di sana.
Balqis memandang pantai di hapadannya. Sejauh mata memandang, di situlah bersemadinya kisah itu. 
Aku tak ingin dia muncul kembali kerana hatiku kini pemilik tulang rusukku. Mudah-mudahan inilah yang terbaik buat diri kami Ya Rabbi. 
Balqis bangun dan beredar dari situ. Sudah lewat, tak manis dipandang orang apabila bakal pengantin berseorangan di tepi pantai.

Keesokan harinya, debaran kian terasa. Balqis akan disatukan dengan pemilik kisah cintanya yang sejati iaitu Iskandar. Dengan 1x kali lafaz, sah lah hubungan ini. Berderai air mata berguguran jatuh. Bahagia sekali nikmatmu Ya Allah. Bimbinglah kami dan berkatilah kami menuju ke Jannah-Mu Ya Rabbi.....

~Nak kawen jugak...Nak alami sendiri kebahagiaan itu.. hehe  =D ~
~Selamat pengantin baru bt abg2 n akak2 yg bakal kawen dlm mase terdekat ni.. =) ~

06 April 2012

bukan paksaan~

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

05 April 2012

................

SABAR!!
SOBARUN!!...
hurm...

31 March 2012

Im..Alia..Is

"Alia. Cepat datang sini." panggil Ina.
"Kenape ni Ina? Macam nampak hantu je." tanya Alia.
"Kau tengok sana." Ina menunjuk ke arah outlet MnG.

Kelihatan pasangan yang cukup ku kenali dan dinantikan. Im memeluk erat pasangan di sebelahnya, mempamerkan senyuman yang sebelum ini tidak pernah Alia lihat. Tanpa sedar, Alia menuju ke arah mereka ingin mendapatkan kepastian. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan.

"Im." sapa Alia. Im menoleh dengan muka terkejut.
"Eh! Alia. Apa khabar?" tegur Im berbasa-basi.
"Selepas 2 tahun, baru awk nak tanya khabar sy? Baru ingat nama saya? 2 tahun awk tinggalkan sy terkapai2. Menanti sesuatu yang tak pasti, ini balasan yg sy dapat?" Alia meluahkan isi hatinya tanpa mempedulikan apa2. Hubungannya dgn Im harus ditamatkan.
Im terkedu dengan asakan Alia yg bertubi-tubi.
"Sy dengan rasmi memutuskan sebarang perasaan antara kita. Semoga awk berbahagia dgn pasangan awk ni. Sy xpernah menyesal kenal dgn awk sbb awk buat sy kenal lelaki mana yg lebih layak utk sy." Alia berlalu pergi. Terasa segala bebanan berlalu pergi. Seiring dgn manik halus yg jatuh menyembah bumi. Alia memandu tanpa arah. Selama dua jam memandu, akhirnya dia sedar. Sudah terlalu jauh dia pergi. Setelah diperhatikan sebetulnya, dia kini berada di Perlis dan dengan nekad dia menuju ke Pulau Langkawi dengan sehelai sepinggan. Ketenangan amat diperlukan dari hiruk pikuk kota perasaan. 

"Mak. Alia sekarang kat jeti Kuala Perlis."
"Kau dengan siapa tu Alia?"
"Alia sorg mak. Mak jgn risau ea. Pandai lah Alia jaga diri. Alia nk tenangkan perasaan ni mak. Penat sangat."
"Hurm. Yelah. Ada pape nanti bgtaw mak ye. Hati2."
"Terima kasih mak."
Alia melepaskan keluhan yg berat. Teringat di awal perkenalan dia dgn Im, mak memang xmengizinkan dia berkawan dengan Im. Tapi hati anak muda yg ingkar dgn kata2 seorg ibu. Inilah padahnya.
Alia mematikan telefon bimbitnya dgn harapan x ingin diganggu buat seketika.

Alia melewati Pantai Cenang. Damai menyinggah di hati. Diperhatikan kanak2 yg berkejaran riang, alangkah indah. Subhanallah. Sedang Alia leka menyaksikan keindahan alam, tiba-tiba dia disapa lembut.
"Assalamualaikum Alia."
"Waalaikumussalam." jawab Alia dgn nada terkejut.
"Puas sy cari awk. Merata sy pergi. Rupa2nya kt sini ea awk sembunyi."
"Em. Maafkan sy Is."
"Xpe Alia. Sy faham. Tp kalw bole, jgn la matikan fon.Sengsara sy taw." Is senyum menampakkan barisan giginya yg putih tersusun. Diserlahkan lg dgn lesung pipitnya. Manis.
"Mcm mana awk taw sy ade kat sini?"
"Mak awk ckp anak dia sembunyi kt Pulau Langkawi. Sy pun terus la dtg sini."

Alia senyum. Masih ada insan yg sudi ambil berat pasal dirinya.


15 March 2012

Thank You Allah

I asked for strength...
and Allah gave me difficulties to make me strength...~

21 February 2012

RECIPE OF HAPPINESS

You Will Need:
   2 heaped cups of patience
   1 heart full of love
   1 dash of laughter
   1 board full of generosity finely chopped
   2 spoonfuls of understanding

What To Do:
   sprinkle generously with kindness
   add plenty of faith
   mix well with blessings
   cook with warmth
   spread over a period of a lifetime and serve everyone you meet <3

18 February 2012

Avril Lavigne

INNOCENCE:

waking up, i see that everything is okay
the first time in my life, and now it's so great
slowing down, i look around, and i am so amazed
i think about the little things that make life great
i wouldn't change a thing about it
this is the best feeling
this innocence is brilliance
i hope that it will stay
this moment is perfect
please dont go away
i need you now
and i'll hold on to it
dont you let it pass you by
i found a place so safe, not a single tear
the first time in my life, and now it's so clear
feel calm, i belong; i'm so happy here
it's so strong, and now i let myself be sincere
i wouldn't change a thing about it
it's a state of bliss; you think you're dreaming
it's the happiness inside that you're feeling
it's so beautiful, it makes you wanna cry


I WILL BE:

there's nothin' i could say to you
nothin' i could ever do to make you see
what you mean to me
all the pain, the tears i cried
still, you never said goodbye
and now i know, how far you'd go
i know i let you down
but it's not like that now
this time i'll never let you go
i will be, all that you want
and get myself together
cause you keep me from falling apart
all my life, i'll be with you forever
to get you through the day
and make everything okay
i thought that i had everything
i didn't know what life could bring
but now i see, honestly
you're the one thing i got right
the only one i let inside
now i can breathe
cause you're here with me
and if i let you down
i'll turn it all around
cause i will never let you go
cause without you, i cant sleep

17 February 2012

menang lawan emosi~

Aturan hidup ini kadang penuh liku
Aku dihukum tanpa dasar yang kukuh
Apa yang telah aku lakukan
Sampai tegarnya kau memperlakukan aku sedemikian rupa
Aku dituduh bertubi-tubi
Tanpa difikirkan penjelasanku
Usahlah kau begitu mudah menghukum
Kelak kau yang akan merana
Kerana kau akan kehilangan sesuatu atas sifatmu itu
Cuma satu, apa pun yang terjadi
Tak mungkin aku lupakan kenangan antara kita
Kerana manis lagi banyak dari pahit
Sabar lagi indah dari melulu
Menang lawan emosi lagi lagi baik
Dari menang lawan egoistik
Maaf itu datang dengan banyak siratan tanggungan

15 February 2012

LDR~

Alhamdu lillah...
almost 2 years i've been through it...
there's a moment that i love most..
but then..
there's a moment that hurt me most...
i don't want to face it again if i can..
i even don't want to remember it..
but it remains there as a memory...
whatever it is..
i'll stay here...
waiting for the dream to come true...
waiting for the last list of the present...
i hope the words are not just a word....
thanx for everything~

08 February 2012

2x5

both are the same~

02 February 2012

break~

giv me some break...~
i'm not hoping that people will understand me...
enough just me to know it...

28 January 2012

sahabat~

‎1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan

2. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang

3. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

4. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

5. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran.

6. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

7. Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri.

8. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat.

9. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

10. Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

11. Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

12. Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

~ falsafah hidup, HAMKA~

27 January 2012

sudut..~

saat aku meneruskan perjalanan ini,
dugaan pasti menemani,
toleh kanan tidak dipedulikan,
toleh kiri dipinggirkan,
tunduk ke bawah dibisikkan hasutan,
lalu aku mendongak ke atas,
mengharapkan perlindungan dari Sang Pencipta,
supaya aku teruskan melangkah dalam kekuatan kasih-Mu Ya Allah...